Jumaat, 6 Mei 2011

Sambal Limau Purut Ikan Selar




uitt...jgn terkejut baca nama resipi...heheheh...ni menu utk hubby aku utk lunch nnt...kelam kabut sikit sbb nak siapkan kek tempahan dr maisarah, kemudian buat sarapan mee goreng utk hubby dan bekal muaz....ditambah plak muiz yg sibuk jek nak g dapur, jd aku dah adang dah pintu dapur tu...sedih betul tgok dia merayu rayu nak masuk ke dapur....hehehheeh....



Resipi:


Ikan selar yg saiz sedang

10 tangkai lada kering

6 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 biji tomato

lobak merah-ni agak2 nak letak berapa byk

1 sudu besar sos plum

2 sudu besar sos tiram

5 helai daun limau purut di hiris

2 batang serai di titik

air secukupnya


Cara-Cara:


1. Ikan yg telah siap digoreng diketepikan

2. Blend lada kering dan bawang2 kemudian tumis.

3. Masukkan tomato dan lobak merah yg telah dipotong dadu.

4. Masukkan sos2, dan air sedikit.

5. Biarkan sehingga pekat dan masukkan daun limau purut dan serai.

6. Tunggu sehingga masak dan naik bau....sedap weh bau limau purut....


Selamat mencuba!!!




6 ulasan:

  1. simple dan mudah..leh try wat ni

    BalasPadam
  2. bau daun purut yg menaikan aroma tu...

    BalasPadam
  3. kunang2...
    sgt mudah...alah, kita ni kl nak cepat, masak simple2 je...selalunya yg simple tu laaa yg sedap...heheheh

    BalasPadam
  4. kak munna...
    daun limau purut mmg wangi jek...sedap...kl buat tom yam atau paprik, takde daun ni mmg tak sah!!!

    BalasPadam
  5. maya...
    semua isteri pada sy adelah yg terbaik...tul tak???

    BalasPadam

saya sgt menghargai kalian yang sudi memberikan komen...saya akan cuba membalas komen kalian apabila saya online nanti...saya hanya menerima komen yang membina sahaja...TERIMA KASIH...