Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bercuti. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Jun 2014

Villa Casuarina


Assalammulaikum
Maaf entry tertunggak
tapi saya perlu juga kongsikan di sini
pengalaman kami bermalam di Paka
Saya ke Terengganu untuk membuat pemantauan praktikal student
habes jelajah semua pelusuk Terengganu.
Banyak tempat yang saya kene pantau antaranya, Mardi Paka, ladang-ladang tradewind, felda dan resort.
Semasa di Paka, kami ingin terjumpa satu papan iklan VILLA CASUARINA. Kerana tiada pilihan hotel, kami terus menelefon nombor tertera.

019 215 0503

chalet ni sgt cantek pada saya...dan selesa
cuma tak berpa sesuai untuk anak-anak saya yang sgt lasak...hihi
faham2 je laa my mumumu tu kannn.....

jom kite lawat kawasan villa tersebut...
1mlm rm200


buku utk pelawat

ade dapur comel mcm ni...lengkap microwave , peti sejuk....etc

bilik air pun bersih

ni view kat luar

tgok...cantek kan...kat bawah katil tu ade lagi tilam boleh bawak kuar...so muat laa utk kami 1 family


bilik ni di hias cantek

view dari bilik...depan tu pantai...tapi tak boleh mandi sbb masa tu angin kuat, laut bergelora,,,,

jgn lupa bermalam di Villa Casuarina jika ke Paka

Selasa, 1 April 2014

Surat Terbuka Untuk David Teoh

Kepada,
Mr David Teoh,
 
Saya ingin mencadangkan pihak tuan agar membuat satu rancngan tentang percutian keluarga. Ini kerana jika di lihat di TV banyak rancangan yang berkisar percutian adalah untuk backpackers (alah, yang org g bercuti solo tu just bawak bag sandang belakang jek, kalau bawak family dgn 3org anak mmg tak boleh laa...melainkan bag korang beso gedabak...kikiki), untuk pasangan suami isteri tetapi untuk percutian keluarga masih belom ade lagi. (kannnn?betul tak?)
 
Mr David Teoh,
 
Pada saya, aktiviti bercuti bersama keluarga merupakan salah satu cara bagaimana kita nak merapatkan lagi silaturahim dan beriadah bersama sama keluarga.Ini merupakan masa-masa berharga kepada ibu bapa untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak-anak. Percutian keluarga sebenarnya tidak hanya terhad pada musim cuti sekolah,di luar negara , di tempat tempat mewah atau eksklusif. (Legoland tu pun mahal jugak bagi aku ni laa...mmg tak sesuwai untuk yg ada anak ramai), tetapi boleh juga dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad (atau Jumaat bagi yang bercuti pada hari Jumaat). Apa yang penting, masa yang digunakan untuk bersama sama dengan keluarga.
 
Mr David Teoh,
 
Pendedahan untuk pergi ke tempat-tempat percutian bajet bersama keluarga perlu kerana ianya mungkin dapat membantu golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Untuk bercuti bersama keluarga, banyak perkara perlu dititik beratkan selain dari kos. Umpamanya, tempat menginap sekiranya perlu menginap, bilik yang ditempah bukanlah untuk 2orang (Superior atau Deluxe) sebaliknya perlu bilik yang boleh memuatkan anak-anak juga. Apabila menempah hotel, selalunya perlu ada kolam renang agar anak-anak dapat bersantai di waktu petang. Selain itu, sudah semestinyalah tempat makan ketika bercuti. Dengan bajet yang ada, tempat makan untuk keluarga juga menjadi keutamaan.
 
Mr David Teoh,
 
Ramai orang beranggapan sekiranya anak-anak masih kecil, aktiviti percutian bersama keluarga perlu dihadkan kerana susah untuk membawa mereka yang masih kecil. Tapi itulah hakikatnya. Jika anak-anak telah dewasa, ada diantara mereka yang sudah tidak mahu mengikut keluarga berjalan atau bercuti. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu ada hubungan yang baik dan memang lumrah kanak-kanak yang sukakan keseronokkan. (Mak bapak pun kadang-kadang tumpang sekakik...kikiki).
 
Mr David Teoh,
 
Selain itu, perkongsian seperti perkara yang berlaku sepanjang percutian juga boleh didedahkan. contohnya, anak-anak yang merajuk, mengamuk, keterujaan mereka, dan segala perilaku mereka yang sudah pasti lebih kurang juga dengan anak-anak orang lain.(Bawak anak-anak kecik kalau makan kat luar selalunya mesti ada air tumpah..itu biasa....ngeh ngeh ngeh), Jadi, sebagai ibubapa, perlu tau bagaimana untuk menangani masalah tersebut.
 
Mr David Teoh,
 
Itu sahaja cadangan saya.Jika pihak tuan ingin menjalankan rakaman atau penggambaran tentang rancangan ini, kami sekeluarga berbesar hati untuk menyertainya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
p/s hadoyaiiiii kenapa aku buat entry nihhh...ahahahahahah...well....lepas solat subuh tadi tiba-tiba teringat lak mr david teoh...tu yang gigih taip pepanjang nihhhh....
 
 
 
ni gambar kami masa pegi Terengganu...cuba tgok yang kene dokong tu...alahaiiiiii.....hihihi
 

Isnin, 23 Disember 2013

Ayer Keroh Country Resort

Assalammualaikum...
Dah lama entry ni pending...duk kat draft jekkk...kikiki
kan hari tu masa g Melaka ikut hubby kursus, kami stay kat Air Keroh Contry Resort, so just nak review tempat ni...
kami stay 2mlm RM424 which is sgt mahal dan tak berbaloi untuk bilik yg kecik. dan siap breakfast tapi...serius...anak2 aku tak makan pun breakfast dia sbb tak sedap...
kami berempat terkurung dalam bilik bila hubby takde.punya laaa boring....

mujur laa ade kedai cenonet yg juai megi weyyy....kikiki
tghr hubby hantar kami makan kat luar...
tu pun makan cepat2 dan tapaw laa jajan2 sikit
sbb bilik takde peti sejuk

aktiviti dalam bilik....
tgok laaa budak2 nihhh

ni plak masuk kat dalam ni ramai2...
kikikiki

kesimpulannya....
tak best tempat nihhh
pool pun kotor
mujur laa jugak ade pool kan...
hilang kejap duke n nestapa budak2 nihh....
kikikii


Isnin, 16 Disember 2013

Tempat Makan Best Di Langkawi

 Just nak share tempat makan yang sempat kami pergi masa ke Langkawi bulan lepas...3hr 2mlm mmg tak cukup tapi pergi jugak laa mana yg orang dok review tempat tu best kan...

1. Jom Ikan Bakar
Mula-mula sampai tghr so kami nak g lunch.Lepas amik kereta sewa kami terus cari Jom Ikan Bakar.
Pada aku laa kan, takde laa sedap mana makan kat sini tapi may b sbb tempat ni besar, boleh muat 1 bas kot... ikan bakar dia boleh tahan tapi lauk2 lain biasa aje dan mmg banyak sgt pilihan...kebersihan aje laa yang tak berapa nak bersih sangat...kat sini tak sempat amik gambo weyyy...mumumu semua tdo...aku dok pangku Mujib...so, tak de gambonya...tapi kl korg google je JOM IKAN BAKAR mmg ade laaa...so, kl tak pegi sini pun takpe...

2. EE Burger
Ok, yang ni ramai yang cakap best...so aku pun meredah laa jugak carik tempat ni...agak susah sikit...dia mmg tak nampak dr tepi jalan sbb dia kat dalam kawasan medan selera gitu...so kene masuk ke dalam....tak mengecewakan laa makan kat sini....puas hati dan berbaloi...mak dgn abah aku nak makan nasi...dan nasinya pun OK...
ni suasana kat EE Burger
Masa ni Mujib dah tertido kepenatan..sian dia...lepas pergi Beras Terbakar terus ke Kuah shopping di Idaman Suri

 ni hubby dan Muaz punya...Muaz order burger oblong
 ni acik punya....pada aku OK laa...
 ni mak dgn abah aku punya nasi...diorang ni bukan gemor makan2 western2 nih hahhh...kikiki

muiz layan fon abah dia...ngamuk2 nak main game...
budak2 ni punya tab mmg tinggal sbb tak nak diorang ni main game tapi...haishhhh


my abah makan macam orang lapar betul...Muaz tu sebenarnya lapar tp dalam masa yang sama dia dah penat....
hubby dok sibuk tgok gps dia...ahahah...sesat jugak kekdg walaupun ade gps gini...ni gps untuk ladang sebenarnya...
 total makan kat EE Burger tak sampai rm70
3. Hafiz Rojak
 Lepas kami naik Cable Car, kami nampak ade lori tepi pantai ni...mmg ade yg bagitau untuk cuba laksa..tapi laksa yg kat airport tu...disebabkan dah lalu kat sini, kami pun pergi laa... Oh ye, untuk sarapan dan lunch hari tu kami makan kat tepi2 jalan je..mmg byk orang meniaga... Lunch kami tapaw makan kat private beach masa kami buat Mangrove Tour.
ok...ni view dia...korang boleh nampak ade bot tgh cari ikan pun ye jugak...mmg view yang cantek laa...ni muaz ni nak mandi sebenarnya sbb dia nampak ade budak mandi kat pantai tu

  
ok...ni suasana dia...bawah pokok, redup...ade angin sepoi2 bahasa gituuuu....ahahahah


ni laksa dia...boleh tahan laa...mak cakap sedap...ikan dia tu berasa tapi pedas sikit...
 

ni plak pasembor...macam pelik sbb biasa makan pasembor takde daging tp yang ni ade daging...sedap jugak... buat alas perut kejap, OK laa...




 4. Bamboo Beach Restaurant, Penarak
Malam berikutnya aku mmg dah niat nak bawak mak dgn abah makan lobster.tapi malangnya takde lobster malam tu. takde rezeki...so kami makan tom yam campur, lala masam manis, ikan jenahak stim limau, pepahat masak sambal dan  sotong goreng tepung. seafoodnya kene amik at least 200gram. actually ade order kupang tapi tak sampai...takpe la...ni pun dah OK sangat...kenyang semua orang.semua sekali makan rm136.which is, OK laa kan...ikan jenahak tu dekat 1kg...dan sgt sedappppp...mak cakap banyak2 tempat dia makan sotong goreng tepung, kat sini laa yg paling sedap...ye..saya juga akui...MUMU jugak....
boleh cuba datang sini kalau datang ke Langkawi
mak aku ni sebenarnya tgh risaukan Muiz yang dok lari2 sebab takut masuk laut....hihihi...kl aku relex jekkk...malas nak bebel2...ahahahha

abah aku...dia selalu makan nasi banyak tapi mlm tu dia makan nasi sikit sbb nak makan lauk banyak....kikiki

OK, rasanya ni aje tempat makan yang kami pergi selain dari sarapan dan makan tghr di kedai2 tepi jalan berdekatan dengan hotel kami.
apa yang pelik, orang Langkawi masak kicap letak daun kari...then mak aku cakap balik nanti dia nak buat macam tu jugak sbb rasa lain....

ok...take care n selamat hari isnin...xoxo








Selasa, 3 Disember 2013

Padang Kota Lama, Penang


kene jugak buat entry g Penang nihh...hihi
sbb ingatkan hr tu nak jumpa Teacher Dinas, tapi tak dak rezeki...
kami ke Penang pd hari Jumaat jam 5pagi dari Jengka
hadohhhh....jenuhhh nak sampaiii
kul12tghr baru sampai tawww
kami pg sbb nak g jemputan kawen rakan sekerja saya, Azimah
dia nikah hr jumaat di Nibong Tebal.
tu yg alang2 dah sampai Penang kami lajak ke Langkawi
gambo wajib kl g penang...wajib laa sgt....kikiki....
OK, ni kat pintu masuk nak pg kedai makan tu...tak tau laa apa nama kedai makan tu...dia mcm food court.abaikan ultraman tecik tu ek...kikiki
  
ni sempat singgah main2 kat sini dulu....sekali lg abaikan ultraman tu hahh
kikikiki
kami makan nasi ayam sbb malas nak order yg lain2 sbb semua dah kebolo
nasi ayam dia biasa2 aje...

 coconut shake...sedapppp...may b sbb masa minum tu tgh haussss sgt....kikiki
 OK...this is the mee sotong yg aku ade baca org ckp sedapppp sgt tu hahhh...org yg buat ni pun siap masuk dlm NST and Malay Mail bagaiiii...tapi pada aku...tak sedap mana pun...order mee sotong ni sampai 3!!!!sekalik tak habesss...pedas pun ye jugak....sotong dia tu pun biasa jek...


ni muiz sedang merenung cendol beliau...kikiki
    
mak dan cucu-cucu....



Isnin, 2 Disember 2013

Dawn Hotel Langkawi

Assalammualaikum
lama tak update blog acik ni hahh
busy sikit...
nnt sy buat entry tentang Majlis Konvokesyen di UiTM Jengka
1st time buat kat sini
tapi ni nak cerita pasal kami ke Langkawi
atok dgn nenek MUMUMU pun ikut sekalik
sebenarnya mak acik tu yg nak pergi sgt...(hihihi...ai pun sebenonya nak pg jugekkk...)
masa acik anak 2 lagi dia dah bitau nak pg langkawi...
tapi disbbkan mengandungkan Mujib, terus tak dpt nak pg...huhu
Alhamdulilah, sampai jugak kami 
kami pergi 23-25hb yg lalu
wajib laa 3hr 2mlm utk elak tax kan....ahahahah


Sepanjang 3hr 2mlm kami menginap di Dawn Hotel Langkawi berdekatan dgn Kedawang di Jalan Batu Belah Bertangkup. Best laa hotel ni sbb depan bilik ade pool.Bukan anak2 aje yg dok sibuk nak mandi...mak dgn atok sekalik terjoin....hihi...tapi yg frustnya byk gambar kat fon hubby, then memory card dia problem...syg jekk gambo...gambo atas ni nenek dgn Mujib...


 
ni plak masa kat dalam feri...ya allahhhhh....dugaan betul dgn budak2 nihhh....tak reti duduk diam...ade jekkkk bende yg dia nak buat....
ok..yg ni masa baru sampai....mak aku dah xcited tu hahh...dah teringat kat Idaman Suri....wakakakka

 ni view kat Dawn Hotel...ni aku amik kat AGODA...
ni mmg sebijik macam kat bilik kami...boleh laa muat 6dewasa tp kene tambah lagi 2 tilam laa...apepun mmg selesa utk kami...tambah tilam rm20 1mlm.

untuk tempahan boleh contact Nabila 04-9551804
rate 1malam RM130 tapi cuti sekolah 1malam RM150 but still sgt berbaloi laa...

Ahad, 10 November 2013

New Horizon Garden Restaurant - Tempat Makan Paling Best Di Kuantan


Kami lunch kat sini sebelom semua balik Johor
makan kat sini mmg best...dan dah byk kali jugak kami pergi

lupe nak amik gambo satu2 apa yg kami order tapi yg pasti kalau makan kat sini mesti order udang nestum dgn ayam lemon...TERBAEKKKK
kali ni kami cuba ikan stim Horizon style...sedappppp jugak...semua org suke



Muiz tak makan pun...dia sibuk tgok ultraman...pastu masa kami makan dia tertido...sedih betullll....tu penat sgt sbb mandi kat pantai laa tu....
dia terus ikut mak aku balik johor....mak mmg nak bawak dia balik
aku dgn berat hati bagi laa...alah...kejap aje...
abah kat luar restoren
tunggu lama jugak may b sbb menu banyak...


ni laa punca semua orang penat....ahahahahahha
tapi best dan seronok sangat kl dapat g holiday selalu macam ni kan
ni kami mandi dekat dgn De Rhu Beach Resort
best...