Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Luahan Rasa. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2014

Surat Terbuka Untuk David Teoh

Kepada,
Mr David Teoh,
 
Saya ingin mencadangkan pihak tuan agar membuat satu rancngan tentang percutian keluarga. Ini kerana jika di lihat di TV banyak rancangan yang berkisar percutian adalah untuk backpackers (alah, yang org g bercuti solo tu just bawak bag sandang belakang jek, kalau bawak family dgn 3org anak mmg tak boleh laa...melainkan bag korang beso gedabak...kikiki), untuk pasangan suami isteri tetapi untuk percutian keluarga masih belom ade lagi. (kannnn?betul tak?)
 
Mr David Teoh,
 
Pada saya, aktiviti bercuti bersama keluarga merupakan salah satu cara bagaimana kita nak merapatkan lagi silaturahim dan beriadah bersama sama keluarga.Ini merupakan masa-masa berharga kepada ibu bapa untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak-anak. Percutian keluarga sebenarnya tidak hanya terhad pada musim cuti sekolah,di luar negara , di tempat tempat mewah atau eksklusif. (Legoland tu pun mahal jugak bagi aku ni laa...mmg tak sesuwai untuk yg ada anak ramai), tetapi boleh juga dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad (atau Jumaat bagi yang bercuti pada hari Jumaat). Apa yang penting, masa yang digunakan untuk bersama sama dengan keluarga.
 
Mr David Teoh,
 
Pendedahan untuk pergi ke tempat-tempat percutian bajet bersama keluarga perlu kerana ianya mungkin dapat membantu golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Untuk bercuti bersama keluarga, banyak perkara perlu dititik beratkan selain dari kos. Umpamanya, tempat menginap sekiranya perlu menginap, bilik yang ditempah bukanlah untuk 2orang (Superior atau Deluxe) sebaliknya perlu bilik yang boleh memuatkan anak-anak juga. Apabila menempah hotel, selalunya perlu ada kolam renang agar anak-anak dapat bersantai di waktu petang. Selain itu, sudah semestinyalah tempat makan ketika bercuti. Dengan bajet yang ada, tempat makan untuk keluarga juga menjadi keutamaan.
 
Mr David Teoh,
 
Ramai orang beranggapan sekiranya anak-anak masih kecil, aktiviti percutian bersama keluarga perlu dihadkan kerana susah untuk membawa mereka yang masih kecil. Tapi itulah hakikatnya. Jika anak-anak telah dewasa, ada diantara mereka yang sudah tidak mahu mengikut keluarga berjalan atau bercuti. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu ada hubungan yang baik dan memang lumrah kanak-kanak yang sukakan keseronokkan. (Mak bapak pun kadang-kadang tumpang sekakik...kikiki).
 
Mr David Teoh,
 
Selain itu, perkongsian seperti perkara yang berlaku sepanjang percutian juga boleh didedahkan. contohnya, anak-anak yang merajuk, mengamuk, keterujaan mereka, dan segala perilaku mereka yang sudah pasti lebih kurang juga dengan anak-anak orang lain.(Bawak anak-anak kecik kalau makan kat luar selalunya mesti ada air tumpah..itu biasa....ngeh ngeh ngeh), Jadi, sebagai ibubapa, perlu tau bagaimana untuk menangani masalah tersebut.
 
Mr David Teoh,
 
Itu sahaja cadangan saya.Jika pihak tuan ingin menjalankan rakaman atau penggambaran tentang rancangan ini, kami sekeluarga berbesar hati untuk menyertainya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
p/s hadoyaiiiii kenapa aku buat entry nihhh...ahahahahahah...well....lepas solat subuh tadi tiba-tiba teringat lak mr david teoh...tu yang gigih taip pepanjang nihhhh....
 
 
 
ni gambar kami masa pegi Terengganu...cuba tgok yang kene dokong tu...alahaiiiiii.....hihihi
 

Khamis, 7 November 2013

Apa Ada Dengan Bomoh?

Sebenarnya saya dah lama nak share bende ni.Tapi baru sekarang sy berpeluang nak ceritakan dalam blog ni.rasanya rakan-rakan sedia maklum tentang diri saya...saya berubat ke mana saja...jadi di sini saya nak share tempat2 yg saya pergi tu. Ada diantaranya ustaz atau tuan haji...dokter takde ek...kikiki....

 1 . Darushifa Bangi
Semasa ke sini, saya pergi hr Ahad.Tak jumpa laa dato harun din.sbb beliau ada pd hari selasa aje.orang ramai tapi Alhamdulilah nama saya dipanggil awal jugak. saya menangis sedikit saje semasa sesi rawatan.semuanya mcm OK.mmg ade gangguan tapi tak pasti apa dia.jadi, saya di berikan air utk minum dan air utk mandi.mandi 3x setiap petang dgn bunga 3jenis.mula2 rasa OK tapi masuk hr ke 3, jiran depan rumah meninggal saya terus jadik tak OK.

2. Ustaz Mat, Sg Tekam Utara
Seingat saya saya ke sini pada hari khamis petang.dengan hubby laa...anak2 tinggal kat rumah pengasuh(mmg kl berubat diorang selalunya kami tinggal). masuk je rumah ustaz tu dah rasa lain dah...bila ustaz tu baca2  je saya dah meraung raung dah nangis. Selepas berubat tu mcm ade rasa lega sedikit.Balik rumah pun rasa OK lg tapi hari Ahad makin teruk.saya ke rumah ustaz lagi.Berubat kali ni lebih teruk keadaan saya, meronta ronta, sepak2 bagai. then ustaz tu ckp bende yg ade dlm badan saya ni mcm ade yg bela.hahhh sudahhhh....sape laa yg membelanya...kikiki...takkan laa sy plakkk...so sampai situ jekk laa berubat dgn ustaz tu.

3. Perubatan Islam Tapediri
Yang ni ade kat jengka 15.mula2 saya pergi sendiri.saya nak tanya berapa bayaran utk rawatan.masa saya cerita jek kat org tu(tak tau laaa nak ckp ustaz bukan ustaz...org biasa2 je tp pakai kopiah dan masih muda belia gitu) terus saya nangis.yg ni saya ade cerita kat entry sebelum2 nih...tapi tak OK jugak...buat habis duit jekk rm180 (nak baik tapi berkira jugak pasal duit kan...kikiki) seorang kawan saya suruh sy hentikan amalan bacaan yg orang tu suruh.ade buku yg diorang bagi.pastu sy tak pergi dah.

4. Makcik Jengka 20
hahhh...makcik ni saya tau pun dari org yg katanya boleh nampak bende2 halus.aku kl bende halus mmg tak nampak...sbb rabun jauh...kl dekat2 tu nampak laa...kikiki...makcik ni berubat dgn cara urutan.dia urut2 badan kita.mula2 dia urut kat tangan dah jumpa jarum banyak.dia ckp aku sakit dah lama tapi bdn aku baru rasa sekarang...haikkk...then masa dia mula2 pegang tangan aku dia ckp panas mcm terbakar tangan dia...dia siap tanya aku lagi, tak panas ke badan???dia ckp ade kawan aku yg tak puas hati dgn aku, sbb aku ni suke cakap beso.aku mmg tak ckp kecik2 punya laa...ahahahah....so, dia ade letak laa setan kat bdn aku ni hahh...tak tau laa setan apa...sbb makcik tu jumpa ade bende duduk dlm badan aku ni...tp makcik tu dah halau...nama je urut tapi sakittttt wooooo...yg tak best pasal makcik ni kene bagi dia duit rm1.25. tu yg aku malas nak pg tu.aku tak tau pun kene bayar sen2 gitu.kl aku tau aku tak pg.tapi aku masih tak OK jugak.

5. Darushifa Mentakab
Kat sini aku pg 3kalikkkkk...tapi tak OK jugak.cuma masa mula2 berubat tu, aku terus meronta ronta sampai baring kaki sepak2.dah ade dialog antara aku dgn ustaz tu.bende tu duduk kat toilet level opis aku ni.dia marah sbb aku tutup pintu toilet kuat2.so start dr situ aku tak pg dah toilet tu.tapi masih lg tak OK sbb ustaz tu tak berjaya keluarkan dia.tapi aku sentiasa rasa ade bende gerak2 kat bawah kulit.Ade sekali tu dia tanya pasal cincin yg aku pakai, aku terus jadik marah.lucutkan cincin tu pastu buang kat ustaz tu.pdhal aku tak bermaksud dan tak ingin pun buat macam tu.hubby aku laa g kutip cincin tunang kami tu hah...hihi...nak g sini kene dtg awal.kami solat maghrib dulu kat mentakab, baru laa dpt no 1.kalau tak dapat no 2 balik kul 12 malam laa sampai rumah.kesian anak-anak.

6. Ustaz Songsang, Temerloh.
Kat sini kawan hubby aku yg suh pergi.katanya dia boleh buang saka etc bagai laa...dah habis berubat kat darushifa mentakab aku terus g sini.memula tu kawan hubby kata kene pg 3x.aku mcm pelik laa sbb knp 3x.kalai dah baik pg sekali je buat pe pg lagi kan.so , aku pun pergi laa.mula2 hubby kata kita tgok jek dulu mcmne dia berubat.kl tak jumpa pun tak pe.then masa datang tu hubby ade tulis nama kat satu buku utk rawatan.masa tu aku dah rasa takut sgt,tak boleh tgok muka ustaz tu,badan jadi debo2...mmg takut giller laaa tgok muke ustaz tu. masa nama aku kene panggil(hubby aku letak nama aku dlm buku senarai pesakit tu hahh) masa cerita tu, aku mcm OK lg.then ustaz tu scan(hebat tak hebat...scan tuhhhh....wakakakakak) aku terus telungkupkan pinggan yg ade limau kat depan ustaz tu ..masa tu dia tgh baca2....hihihi....selamber jekkk aku...tapi percaya laa...aku sebenarnya tak nak buat gitu...then aku terus lari cari hubby aku.ustaz tu datang bawak rotan.dia pukul aku..sikit je laaa...tapi sakit...dia tanya ade berapa ekor dalam badan aku nih...aku senyap jekk..nangis aje....sekali kene pukul lagikkk...terus angkat jari buat 4!!!!!oooo...ni ade video dia.kawan hubby aku punya isteri ade rakam.aku tak tau macam ne nak tepek bideo tu kat blog...nnt laa tunggu aku terer ek...ade 4 ekor dlm bdn aku ni.dia dr toilet level opis aku ni.dia masuk dlm badan aku tapi tak pandai keluar.tak tau kenapa....tu laa...sibuk sgt nak masuk dlm badan aku, pastu tak reti kuar,,,,hihihi...dia terperangkap.dia nak keluar tapi tak boleh.kl tgok bideo tuh, rasa seram ade...rasa kelako pun ade...dia keluarkan sekor2 dan aku jadi 4org yg berbeza.tapi aku sihat 1hari aje.pastu tak OK balik.tak tau laaa nak ckp...kali ke 2 pergi aku sihat.kali ke 3 pun pergi jugak sbb kene bawak brg2 yg dia suh bawak.yg tak bestnya...1jin yg dikeluarkan ko kene bayar rm105..so aku kene kali dgn 4 laa...gituuu caranyaaa...plakkkk...so aku mmg tak pergi lg dah...siap ade kene bg kain pelikat bagai...malas laaa aku.

7. Acik Mendan
Dia ni orang Lombok.dulu dia kerja kat johor,so dia kenal laa family aku semua.kami anggap dia mcm sedara laa...sbb mmg baik.dia datang mesia semula tapi kerja kat mentakab..kerja ladang kelapa sawit sime darby.aku amik dia duduk rumah kami utk tgok2 laa umah kami.kat dalam rumah mmg ade bende tak tau apa tapi dia dah kuarkan.kat luar pun ade jugak. then dia ade dialog gak dgn bende tu yg ade kat badan aku yg comey nih hahhh...bende tu sebenarnya kat depan rumah aku aje..kat pokok pelam yg beso gedabak tu hahh...dia suke kat aku sbb aku baik..dia suke2 jekk kacau...kuar masuk dlm bdn aku hari2...dia dah lebih 1000 tahun usianya.dia jin biasa.then mintak dia pindah, hubby aku ckp pindah belakang rumah kat pokok manggis.aku pun tak tau ade pokok manggis meh kat rumah aku...ahahahaha...pokok tu dah besar dah..cuma tak berbuah aje. alhamdulilah aku rasa sgt sihat tapi lepas 2minggu pokok manggis tu mati.dia jadik layu.tak tau sebab apa.then aku tanya dgn acik mendan.dia cakap, rupenya bende tu tak selesa.(acik mendan ni bukan main cakap jek dgn aku, dia solat dulu ect pastu tel aku) so aku sekali lg amik dia ke rumah. dia ckp kat belakang rumah aku tu ade byk geng2 dia...jd dia tak selesa sgt.kl boleh nak pokok yg besar.so kami sepakat pindahkan dia kat gunung senyum(sila google kat mana gunung ini ye..malas nak cerita...kikiki).tapi aku masih tak OK lg. rupe2nya kat gunung senyum tu geng2 sana plak tak welcome dia...ahhh sudahhhhh....so aku kejap2 OK kejap2 tak OK...gituuu lerrr...

8. Hj Mokhtar, Gombak
Yang ni sebenarnya aku pergi utk ubatkan Muiz.sbb muiz tu macam ade benjolan kat belakang lutu dia, lump. so nak operate takut dia mcm tu kan(ketahuilah dia seorang yg sgt lasak n aktif) jadi mak bapak dia terlebih pandai nak operate secara batin....aku tak tau mcmne boleh terfikir nak buat ginih,...then aku mintak laa tolong dgn kawan aku seorg dokter nih sbb dokter tu pernah gak buat bedah batin ni hahhh...masa nak dtg tu punya laa sesat barat.sekali bila dah sampai tn hj tu ckp ade bende yg sesatkan kami.dia suke kl kami tak dtg...ntah apa laa ek bende tu...kikikiki...masa tu Muiz aku dokong, suh laa salam atok (tn hj tu laa)..dia terus meronta ronta ngamuk2 tak nak salam terus masuk bawak kerusi.aikk..pelikkk...the  tn hj tu ckp..takpe2...bukan dia tu....ahhh sudahhhh...tp masa tu aku rasa sihat jekkk...then masa aku cerita kat tn hj tu pasal aku, aku pun tak nangis...aku stady jekkk...rupe2nya bende tu kat bdn Muiz.so, aku dibiarkan dalam sebuah bilik selama 20min.ade laa "org" yg dtg tgok2 kami tapi kami tak nampak...Muiz jekk nangis2..bila tanya takut ke, dia angguk2 je kepala...penat berzikir laa...cerita laa..nyanyi laa...20min mcm 20jam oooo...then lepas tu tn hj bgtau...nak hilangkan bende ni gune ayam hitam semua laaa...harga pasaran seribu lebih...tp kl dia yg belikan rm700 aje...(aje...eh..ahahaha) termasuk dgn bedah batin muiz punya lump tu. tapi.....dia buat kat rumah aku.....dia datang kul 12 malam....ahahahahha...hadoyaiiiiii....then aku balik rumah...tn hj bg msg dia ckp kul 12 ade org dtg tgok aku semua dan bedah batin Muiz...tak tau laa ek nk ckp mcmne...aku tak OK ...muiz pun tak OK...tn hj tu cakap ade bajang kat rumah aku...(sila google apa itu bajang OK) bajang tu org punya...dia kacau aku dan anak2 aje...suami dia tak kacau...lump tu masih ada lg...tapi lama2 aku jd sihat...alhamdulilah laaa...atas izin Allah...tak suke pg sini sbb bayaran yg dikenakan terlalu mahal dan mcm tak leh terima pun ye jugak tapi Allah maha mengetahui segalanya.



nak dijadikan cerita, muiz tak OK pun so, haruslaa kami operate beliau.kene cari masa yg sesuai nih...sebenarnya byk lagi tempat aku pergi berubat tapi aku malas nak taip dah...hihihi...cuma malam tadi sekali lagi aku rasa tak OK sgt2 siap tel hubby suh balik rumah sbb dia g opis malam tadi...aku pasang ruqyah pastu aku sendiri yg takut...malam pun tido tak OK sgt...tak tau laa nak cakap...aku dah malas nak berubat lagi dah...dah bgtau hubby...saya putus asa....tapi satu hari aku harap aku sihat sepenuhnya...kl korg tgok aku happy2 jekkk g jalan sana..makan kat sana...makan kat situ...hakikatnya badan tak OK dan tak de laa happy mana pun..sbb bila aku tak OK terus rasa mcm tak nak makan dan takut2....kat johor pun ade gak berubat byk tempat tapi semua tak OK...

eh OK laa..td cakap malas...sekarang dah terlebih rajin plakkkk....hihihi...


acik tgh busy sikit nih...nnt bila2 free kita cerita pasal jalan2 dgn makan2 laa ek....xoxo


Khamis, 12 Januari 2012

Seperti terlepas beban yg di galas....

Baru sebentar tadi saya telah ke rumah cik T
sy mintak dia pulangkan semua brg2 muaz yg ade di rumahnya kerana dia sudah tidak lagi menjaga muaz
saya terus menangis sebab sedih dan sgt sebak
saya mmg tidak dapat menahan perasaan ini
sehinggakan ketika sedang menaip ni pun, keybod seperti samar2 je dari pandangan mata

saya katakan kepadanya sy anggap dia seperti mak saya sendiri, kenapa dia buat sy begini
saya katakan padanya saya dah minta maaf tapi seolah olah cik T tak maafkan saya

dia senyum. dia bersahaja

dia cakap, dia dah tua dan dia kecik hati dgn kata2, dia anggap muaz pun macam cucu dia sendiri, dia tak sangka sy akan tanya seperti itu...

"bukan kah saya dah mintak maaf pada cik T, tapi cik T buat saje jek....sedih taw saya...cik T tau kan masa tu saya nak pergi penang (alah, yg g kursus sambil jumpa kak dinas...hheheheh)...cik T tak fikir ke mana saya nak letak muaz masa tu, cik T menyusahkan hidup saya...."

saya bercakap mcm agak kasar jugak dgn nada yg tersekat sekat...saya nak luahkan semuanya yg terbuku di hati nih...tapi....tak semuanya saya dapat luahkan sebab saya dah tak boleh nak cakap lagi...cik T saje jekkk...macam org takde perasaan...macam lawak sgt muka aku ni kalau nangis...aku pun terus blah...balik umah, siap2 g kije....


huhuhuhuhu.....

baru jek nak cakap..."saya tak nak cakap dgn cik T lagi, nanti kalau saya cakap, cik T kecik hati plak..."

heheheheh....

Ok laa...malas dah nak fikir2 lagik nihhh....sakit kepala taw...dah laa baru dapat MC 2 hr...pening2....adoyaiiii....jom laa ke kelas....

Selasa, 10 Januari 2012

Sebab Saya tak baik dgn Cik T

entry semalam sy ade bgtau pasal cik T
alah, pengasuh muaz aka jiran sy
dia juga sy anggap macam mak sy sendiri
sebab kami mmg sgt baik
mereka yg selalu dtg ke blog saya, pasti tahu bagaimana akrabnya kami
namun begitu, biarlah saya ceritakan mengikut kronologi kes yg sebenar...

20/12/2011

saya ke temerloh dgn hubby dan muiz, muaz tak nak ikut.so dia duduk kat umah cik T...kami balik dlm kul 9.30 mlm.muaz cakap dia tak mkn kat umah cik T dan dia mintak sy gorengkan cucur adabi.sy gorengkan tapi dia tak makan.maknanya dia dah makan laa kat umah cik T kan...

21/12/2011

saya bawak muaz g opis sbb dia cakap nak makan roti canai kat bandar pusat.lagipun kelas saya 3 jam sahaja pada hari tersebut.pada waktu petang lepas saya balik dr keje saya ke rumah cik T mcm biasa, borak2 dgn dia...sy tanya dia tak bg makan ke kat muaz mlm tadi sbb muaz cakap dia tak makan.sebenarnya muaz makan, sampai muntah2 cik T cakap...

22/12/2011

pagi tu muaz ke rumah cik T tapi dia cakap pintu rumah cik T tutup, jadi saya telefon cik T utk dia buka pintu sbb saya dah nak pergi kerje.masa saya telefon cik T, dia seperti menengking saya sambil berkata kenapa saya tak bawak aje muaz ke opis.so, saya pun agak terkejut sebenarnya...lalu saya cakap padanya, saya balik tghr nanti.tghr tu lepas habis kelas jam 1 saya terus balik rumah.muaz cerita pada saya yg cik T tak nak jaga dia lagi.muaz cakap, mungkin dia nakal sgt sbb tu cik T marah dia.lepas makan, dia tertido kat umah, dlm kul 3 mcm tu saya kerumah cik T nak bgtau dia yg saya nak g opis semula, tapi muaz tgh tdo kat rumah.then saya tanya kenapa dia cakap dgn muaz dia tak nak jaga muaz lagi.ketika itu dia tgh lap2 peti sejuk dia.dia cakap dia KECIK HATI dgn saya sbb saya tanya pada dia, DIA TAK BAGI ANAK SAYA MAKAN KE?tapi saya cakap, saya takde niat nak kecik kan hati dia pun.saya tak sangka plak yg dia akan kecik kati....saya dgn penuh rasa bersalah mintak maaf pada dia...tapi...sedihnya saya sbb dia buat derk jek sambil lap2peti sejuk dia....dia suruh saya cari org lain....dia cakap, may b sebab dia dah tua, sbb tu dia kecik hati dgn kata2 saya...saya ni dah mcm org bodoh + tongong dah dok cakap sorang2 dgn dia sambil mintak maaf....bila sy tgok dia diam jek, saya pun balik tapi saya sempat jemput dia utk dtg umah saya hr esoknya, sebab saya ade buat makan2 sikit sempena bday muaz dan muiz...tapi, dia tak datang pun...takpe laaa...

sejak dari hari tu sampai hari ini saya tak bertegur lagi dgn cik T,kalau muaz nak main2 dgn cucu cik T kat umah dia pun, menantu dia halau muaz balik.kalau cucu dia main2 kat umah kami, nanti menantu dia datang panggil anak dia balik.menantu cik T dalam pantang anak no 2.dia berpantang kat rumah cik T.menantu cik T dan suaminya )anak cik T yg sulong) adalah senior saya masa belajar di UiTM dulu.

barang2 muaz masih byk lagi di rumah cik T tapi saya malas nak g amik...ntah bilaaa nak amik dan cik T pun tak pulangkan...

bayangkan lah peristiwa ni berlaku before saya g penang berkursus.manalah saya nak letak muaz tu,rasa macam nak bawak dia pg penang aje....cik T mmg telah menyusahkan hidup saya dan saya akan ingat perkara ni...

terbaru cucu dia yg 6 tahun tu bersekolah di pra sekolah muaz...maksudnya menantu dia akan duduk dgn cik T.kl dia tak nak jaga naka saya sbb nak jaga cucu dia, bgtau laa....sy akan caripengasuh lain...ni cakap yg bukan2 dgn muaz, sampai muaz cakap kalau wan mat (laki cik T) mati padan muka nenek T duduk sorang2...aku tak tau laaa sape yg ajar muaz cakap mcm ni...adoyaiii....mula2 dulu, muaz tak nak pergi rumah cik T.dia cakap cik T marah2 jek dia...

so, saya sgt rasa tak best dan rasa mcm nak pindah plak...kenapa kami boleh jadi macam ni...susah kami nanti...tapi nampak gayanya seprti mereka sekeluarga tak dapat nak berbaik dgn kami....dan yg lagi tak best, jiran sebelah kiri saya plak, (cik T belah kanan) pun macam tak baik dgn saya sebab saya selalu tgok dia duduk2borak kat rumah cik T masa saya balik keje...ntah laaa....malas nak fikir....

apa pendapat kawan2???

Khamis, 8 Disember 2011

Luahan rasa hati...

Assalammualaikum...
setelah lama tidak bersiaran, hari sy gagahkan jugak utk menulis...
terima kasih pada yg sudi msg, tel, dan tanya khabar sbb dah lama tak bersiaran...
maaf....sgt sibuk selepas pulang dr pemantauan praktikal...
kemudian ke bengkel penulisan...
kemudian terlibat dgn conference, di mana sy sebagai ketua ajknya...

selama tidak bersiaran, hati rasa sunyi...
teringat kawan2 maya sy....
kamu semua sgt best...
terima kasih jadi kawan sy...

manusia mudah lupa....
mari kita sama2 saling ingat mengingati
sy tayang gambar masak2 bukan nak tunjuk sy pandai memasak,
tapi just utk kongsi dan utk simpanan peribadi
seperti yg telah sy coretkan dlm tujuan menulis blog
jika ada yg tidak puas hati, harap tidak laa ke blog ini

Allah bagi kita dugaan setimpal dgn kemampuan hambaNya
kadang2 kita mengeluh dan cepat putus asa...
tapi, hikmah disebaliknya kita tak tau...
kadangkala Allah hilangkan matahari lalu diganti dengan guruh petir dan kilat,
kita menangis kerana hilangnya matahari
rupa-rupanya Allah nak bagi kita pelangi....


kita menangis sebab tak dapat pakai kasut yg cantik2 dan mahal2...
tapi pernah ke kita terfikir org yg tiada kaki...
kita cemburu org lain pakai kereta lagi hebat dr kita....
tapi pernah ke kita fikir org yg takde kereta langsung....

kita rasa hidup kita susah, dan banyak halangan serta dugaan dalam hidup....
tapi pernah ke kita terfikir ade ramai lagi org di luar sana hidup lebih menderita,
hidup lebih susah, dan dugaannya lebih hebat dr kita.....

bersyukur dengan apa yg kita ada.....

alhamdulilah...

p/s maaf ye...nak settlekan urusan duniawi yg tak habis2 ni hah...adoyaiiii....







Selasa, 15 November 2011

maaf dari azian....

pertama sekali....maaf ye...lama betul tak menghupdate blog sy yg biasa biasa aje ni...
minggu lepas sy buat pemantauan praktikal di terengganu dr hr isnin minggu lepas...., dah alang2 sampai ke besut, ajak laa my hubby ke kelantan...masa tu anak2 dah start demam...then balik johor hantar muaz, hr sabtu, ahad balik jengka semula....

masuk je kerja kene pergi bengkel sampai hr khamis.....
ni pun cari jugak masa nak jengah2 blog...

raya haji mcm mana?ok?
kat jengka 20 ni 32 ekor yg dikorbankan....
(kami tak dapat pun....heheheh...rezeki utk org lain.....)
kesian muaz tak dapat tgok org semelih lembu....
abah sibuk pg opis sbb hr isnin kami nak ke terengganu



juadah hr raya aidil adha pun sy buat soto dan nasi ayam , ayam dan daging bakar.....yg penyudahnya takde pun sape2 mkn sbb semua mkn kat umah Cik T,
cik T dtg umah pagi2 panggil kami mkn kat umah dia aje...sy bawak puding roti dgn kek coklat
dia masak.....laksa, lontong, ketupat daun palas, rendang, lemang, etc....
kek dan puding licinnnnnnn......

banyak perkara yg sy nak share dgn kawan2 semua...
harap sabar menanti kunjungan sy di rumah kawan2....
bukan sy dah lupa kat kamu semua taw tp masa yg tidak mengizinkan....

nanti sy nak cerita tazkirah dr seorang doctor kepada sy ketika bawak muaz dan muiz demam....
seronok sgt berjalan jalan ke rantau panjang dan wakaf che yeh....
seronok jugak dapat tgok cara2 nak biakkan ikan kerapu hybrid, seekor rm350 taw....
kalau masak sweet sour tuhhhh....hehehhehe....kompom makan sampai tulang!!!!
yg penting dapat pergi batu rakit makan sotong celup tepung.....
arghhhhhh....rindunya TERENGGANU!!!!!


Isnin, 31 Oktober 2011

Kawan

baru sekejap td sy baca entry dr blog kakchik@ella (alah, pernah kuar kat majalah rapi taw kakchik ni namanya ZAILA, kelasssss gituuu)heheheh....abis laaa aku pas ni...sorry laaa kakchik, guraw2 jek...heheheh...entry tentang serasi bersama....

mungkin disebabkan masa perjumpaan blogger tempoh hari,
ramai yg buat entry mengujakan hati dan perasaan
ye laa.....
sy ni dtg dr jauh semata mata nak jumpa kawan2 blog
yg sy tak pernah pun kenal hanya kenal di alam maya aje...
tapi, sy nekad jugak nak pg...

utk pengetahuan umum, dan khususnya bg kawan2 yg telah mengenali sy,
sy ni biasa2 aje laaa
mcm org lain jugak...ade hati dan perasaan
ade rasa kecik hati, marah, dendam (sikit2 arrr...jahat kan)
eh, dendam tu perlu tp tgok laa dendam yg mcm mana
sy dendam betul dgn mat2 rempit yg selalu pres2 moto kat depan umah sy tu taw.
(oppss...umah felda tuuu hah)
marah?ade tak sape2 kat sini yg tak marah???
ni, kerat jari sy ni hah sape yg tak rasa marah...
(uishhhh...tak berani laa...kak zakie tu mcm penyabar tahap tinggi, dia marah2 jugak tak ek???)

kesimpulannya,
sy tiada kawan yg betul2 best buddy laaa kat sini...
kawan baik sy ialah suami sy...
sy selalu berangan dan teringin jugak ade kawan baik yg sentiasa ade di sisi
bersama sy bila sy ade masalah
yg tegur bila kita tak betul(laa, aku mmg selalu tak betul...huhuhu)
sbb tu sy selalu makan pun sendiri
keluar mana2 pun sendirik
melainkan pada waktu suami ade bersama laaa...heheheh
sy tak kisah,sy dah biasa


lagi senang kl sorang2...ko nak mkn kat mana, ko nak pg mana
dr mkn dgn ramai2 org pastu diorang duk citer perkara yg kita tak tau...
kita ni dok termangu mangu tak faham...eiiii...dlm hati dah nak sumpah2 dahhh
korang suka ke???

lagi satu sy rasa sy ni sensitip sgt kot...sbb tu sy cepat terasa hati....
sy malas nak kecik2 hati jadi sy lebih selesa menyendiri
dari campur dgn org2 yg boleh buat rasa sakit hati
heiii...sy ni manusia biasa laa....
kl sy tak suka sy cakap je terus...
laser ke???dr sy ngumpat belakang dia kan...
pada saya kl dia anggap kita kawan,
dia akan share byk perkara dgn kita
tapi bukan laaa sampai hal2 umah tangga kan...
(tp ade laaa kawan dia citer pasal hal umah tangga kat org len, tak baik kan?)
kalau setakat nak sambung PhD tu pun nak sorok2 apa kes?
kan sebagai kawan kita doakan yg terbaik utk kawan kita
tak salah pun bgtau

so, mungkin kita serasi bersama dalam blog aje...
luar blog tak tau lagi
tau tak???(mesti tak tau nihhhh)
students aku selalu bg komen( di akhir semester aku suruh diorang buat luahan rasa dalam kertas, tulis apa yg diorang tak puas hati tentang pengajaran aku etc)
ramai yg cakap aku GARANG, (kak ati ade tanya aku garang ke tak pada zie tuhhhh...heheheh), aku ni kerek, mesti belajar tensen jek...
hello...yes i'am
mesti laa kene garang, kl tak budak2 nih naik tocang arr...
tapi bukan laa 24jam aku ni garang dan bengis tak tentu pasal...
agak2 laaa
heheheheh

apa2 pun,
sy syg suami sy...
jgn goda suami sy
(wey, ni dah kenapa dah nihhhh...addehhhhh)


tapi pengalaman paling best ialah masa belajar kat MRSM
knp kawan2 sy semuanya best masa zaman sekolah dulu tak mcm sekarang nihhh...
sampai hari ini kami masih lagi contact dan berjumpa


sekian, sy tgh takde mood laaa....
korang ade ramai bestfren tak ek???

p/s kawan masa makan2 mmg ramai.....


Khamis, 13 Oktober 2011

Tujuan Kamu Menulis Blog?


tujuan saya menulis blog...

1. sebenarnya sy suka nak luahkan perasaan di sini tapi kadang kala blog kita ni bukan kawan2 maya aje yg baca kan...takut jugak kl ade org kat afrika yg sakit hati dgn tulisan di blog aku ni hah...heheheh....jadi, kene laa jaga hati byk pihak...mungkin ade jugak sesi luahan rasa tapi namanya aku tak siarkan ye....(hah, nak bergossip laa tuhhh!!!)

2. saya suka tepek gambo apa yg saya masak....
selain dr dapat kongsi resipi, sy juga dapat meningkatkan lagi skill memasak sy yg tak seberapa...sbb byk blog2 masak2 yg menjadi sumber inspirasi saya seperti blog cik mat gebu dan kak ummi kuantan....

3. saya suka cerita tentang family...
kl suatu hari nnt sy pergi buat selamanya dr dunia ini, suami dan anak2 sy boleh mengubat rindu mereka dgn membaca catatan sy ini...
buat masa ni, mungkin mereka anggap sy menulis blog hanya sekadar suka2...

4. saya suka jugak cerita pasal students
saya harap mereka akan sedar apa yg mereka telah lakukan, kdg kala apa yg sy tak suka, sy share kat sini....xtvt mereka juga ade sy selitkan....course Diploma Pengurusan Ladang ni mmg tak glemer sbb byk kije kat ladang, kotor, kije tgh panas etc tapi bila mereka dah dapat diploma nnt, baru mereka akan rasa kemanisannya....

5. saya mmg suka berkawan...
sy tak kisah pun dia sape asalkan kita ikhlas
saya dah jumpa ramai kawan2 blogger

mereka sgt baik hati
mereka buat sy terharu
mereka tidak sombong
sy sgt bertuah dapat mengenali mereka

walupun latar belakang kita berbeza, tapi kita semua blogger
sbb tu sy tak kisah nak ke batu pahat jumpa kak zakie, walaupun pos lambat, tetap dapat buat teacher dinas aldi happy, gembira bila tgok anak sharifah pun happy....

seronok bila tgok org lain seronok
kamu ade rasa cmm tu tak?

kalau kamu menulis untuk mendapat kepuasan diri sendiri, teruskan laaaa
kalau kamu menulis untuk mendapat nama, pangkat,pujian dan harta, teruskan laaaa
kalau kamu menulis untuk mendapat cacian, makian dan umpatan, teruskan laaa

kita semua bukan budak umur 4 tahun seperti muaz yg tak boleh berfikir dgn betul...
kita semua dah matang dan dewasa....
kita laa yg jadi contoh pada yg lain....
kalau kamu maki seorang, 10 org akan maki kamu semula
kalau kamu puji seorang, tak heran laaa kl berduyun yg puji kamu semua....

luahan hati saya untuk hari ini....
saya syg kamu semua....