Memaparkan catatan dengan label Resipi Kek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Kek. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Januari 2014

Kek Carrot Dambaan Hati

Bahan Bahan

2 1/2 cawan carrot yg telah diparut
1 cawan walnut yg dibakar dan kemudian di tumbuk kasar
4biji telor
1 cawan minyak sayuran
1 1/2 cawan gula (saya gune 1 cawan sahaja)
1 sudu serbuk penaik
1 sudu baking soda
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam


Cara-cara membuatnya

1. Putar telor selama 4minit di dalam mixer kemudian masukkan gula.
2. Setelah itu masukkan minyak, esen vanilla.
3. Bila dah sebati, masukkan tepung, serbuk penaik dan baking soda perlahan lahan ke dalam mixer.
4. Masukkan juga garam. Kemudian ketepikan.
5. Masukkan carrot dan walnut, kacau guna spatula.
6. Dah sebati,  masuk dalam loyang (saya gune springform tp tak ingat lak size apa....huhu) bakar selama 45min-1jam (ikut oven masing2) pada suhu 160 darjah celcius.

ok...selamat mencuba!!!! 

Jumaat, 12 Julai 2013

Kek Coklat Snow Berkeju

Ini bukanlah dugaan bulan puasa...hihi
dah lama buat kek ni.baru hari acik dapat share di sini
haishhh...ni pun baru balik dari ladang
semua sedia maklum, hari Jumaat saya akan masuk ladang
alah...yg tgok students saya tanam2 pokok tu....

ok, jom layan resipi

Bahan Kek
(resipi Kek Coklat Dambaan Hati)

Bahan A
1 cawan marjerin
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat

Bahan C
3biji telur di pukul (jangan pukul dgn rotan plakkk, gune whisk ek)

Bahan Topping

250g  cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan gula (ikut laa nak manis mcmne ek)
keju cheddar secukupnya yg telah diparut

Cara-Cara

Untuk membuat kek
1. Masak bahan A di dalam periuk sehingga gula larut dan serbuk koko tidak bergentel
2. Angkat periuk kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau dgn kaedah kaupbalik dan kukus sehingga 1jam.
3. Selepas 1 jam, rehatkan kek utk seketika.

 Untuk topping
1. Putar cream cheese dan whipping cream dgn gula sehingga sebati dan gebu.
2. Bahagiakan kek kepada 2 lapisan dan salut kek dgn bahan topping.
3. tabur keju cheddar yang telah di parut di semua permukaan kek yang telah di sapu dgn bahan cream cheese tadi..

Mudah jekkk nih...kalau susah ai pun tak buat hocccayyyyy


hihihi...xoxo

Khamis, 6 Jun 2013

Pear Almond Cake

 Just nak share kat sini satu resipi kek yg mudah dan sedap
u know laa...acik ni mmg suke resipi2 yg mudah2 kannn
kl payah tu, mmg tak jadikkk laaa....hihihi
dah 2x buat kek ni...ingat nak buat lg laa ptg ni.sbb pear pun ade kat rumah tu

Masa tgh tgok AFC cerita River Cottage , Hugh Whittingstall  ade buat kek ni.tapi ye laa...dok tgokkk jek, nak nyalin mmg tak dan laa kann....hihihi...jumpa lakk  resipi ni kat blog  kak Muna yang comel..

Layan laa bahan2nya ye...

Bahan-bahan

 175g unsalted butter(yan gune butter biasa aje)
125g gula castor (yan gune gula pasir) + 1sudu besar gula utk karamel
3 biji pear, buang kulit dan potong 4
2 biji telor
75g serbuk badam
75g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik 

Cara-Cara membuatnya

Panaskan pan, dan masukkan 25g butter (sy guna kuali non stick tu, mudah sikit)
Kemudian, masukkan  1sudu gula, dalam 10min gitu sampai jadi karamel, da siap, ketepikan.
Ambil baki butter, masukkan dalam mixer.Masukkan gula dan putar sampai gebu.
Masukkan telor.
Kemudian masukkan serbuk badam, tepung dan serbuk penaik.
Dah sebati, tuangkan dalam spring form 9inci.
Saya susun dulu buah pear yg dah disalut dgn karamel tadi di dalam spring form, sebelum tuangkan bahan kek. Tapi kak Muna letak kat bahagian atas kek. 
saya tabur almond flake kat bahagian atas kek
Bakar pada suhu 170 darjah selama 45min



Selamat mencuba....

Isnin, 13 Mei 2013

Carrot Cake

As salam dan selamat pagi...
semalam kita ade buat kek
kawan sekerja kita nak buat makan2
sebab bday anak dia...
dia nak kek carrot
da 2x dia tempah dgn kita
ni 1st time kite tulis2 kat kek taw....

jom layan resipi

Bahan-Bahannya

1 cawan walnut yg dibakar dan ditumbuk kasar
21/2 cawan lobak merah yg diparut
2cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1cawan minya canola
4biji telur
1 1/2 cawan gula (saya letak 1 cawan aje)
2sudu teh esen vanila

Untuk topping
macam biasa saya gune 250g cream cheese yg dipukul dengan 4sudu gula, kali ni saya letak susu pekat manis 2sudu

cara-cara membuatnya,

Pukul telur , minyak jagung dan esen vanilla hingga sebati.
masukkan tepung, serbuk penaik dan garam
bila dah sebati, masukkan lobak dan walnut
kacau perlahan lahan guna spatula
bila da sebati, masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 45min atau sehingga masak

senang je kan?
kl suke nk letak kismis pun boleh, saya letak sikit dalam 2 sudu gitu...


ok...
kita ade meeting jap lg....
xoxo

Sabtu, 11 Mei 2013

Kek Pelangi - Rainbow Cake


Assalammualaikum
selamat berhari sabtu
pagi ni saya ade program pembangunan pelajar
bangun takde laa awal sgt
buat nasi goreng dgn ayam goreng aje untuk suami dan anak-anak
just nak share kat sini
resipi kek pelangi dah buat 3x..
mula2 rasa tak konfiden boleh buat
tapi tgok org lain buat...masyaAllah....
comel jek keknya
hihihi




ni laa rupe keknya
tapi terpulang ikut kreativiti masing2 nak hias macamne ye
 

 ni plak bahan2 yg dah siap di asing2kan dan di warnakan
tinggal nak bakar aje


ni plak ngupe kek tu
sebab tu panggei kek pelangi

jom layan resepi

Bahan-Bahan

3 cawan tepung gandum
4sudu teh baking powder
1cawan butter
2cawan gula(saya letak 1cawan aje)
5biji telo
1 1/2 cawan susu segar (saya pakai full cream milk)
2 sudu kecil esen vanila
6pewarna pilihan kalbu (ikut laa nk buat warna apa ye)

utk topping/cream

250g cream cheese
4sudu gula
@
250 ml whipping cream
letak gula sedikit


Cara-Cara
Pukul butter dan gula sampai kembang.
masukkan telo 1 persatu dan pukul lagi sampai kembang
masukkan esen vanila,dan tepung sedikit demi sedikit dan baking powder saya selang selikan dengan susu.
dah siap putar semuanya dan dah sebati, bahagikan kepada 6bahagian
letak pewarna bagi setiap satu bahagian macam kat gambar atas tu
bakar gune loyang 8inci satu satu bahagian
suhu 170 @ 180 darjah ikut oven masing-masing selama 10-15min
bila dah siap bakar ke enam enam kek tu, boleh laa dilapis lapiskan dengan cream cheese atau whipping cream, ikut suke.
hias ikut kreativiti masing masing

selamat mencuba!!!
 

Khamis, 2 Mei 2013

Kek Coklat Caramel


semalam petang acik sempat buat kek ni dengan keadaan benti2 sebab Mujib nangis2 jek...
tak nak dgn abah dia...
nampak ummi dia bangun jek terus nangis
anak manja betul...hihihi

so, layan resipi ek...
senang aje


Bahan-bahan:

Bahan Karamel

2 sudu gula utk karamel
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
3biji telor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan kek

Bahan A
1 cawan marjerin
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat

Bahan C
3biji telor

Cara-Cara Membuatnya:

1. Buat karamel dulu atas loyang yg kita nk kukus kek kita.
2. Jangan sampai hangus sebab kalau hangus nanti jadi pahit.
3. Kacau bahan karamel kemudian masukkan dalam loyang dan kukus selama 20min.
4. Untuk kek, masak bahan A dalam periuk sehingga gula larut dan serbuk koko tidak bergentel
5.Angkat dan masukkan bahan B, kacau bahan C dan kemudian masukkan dalam periuk bahan A dan bahan B tadi
6. Kacau sehingga sebati
7. Selepas 20min, masukkan bahan kek ke atas puding karamel dan kukus lagi selama 1 jam.

Selamat mencuba!!!