Khamis, 12 November 2009

Punggai Bayu Beach Resort







Ni nak cerita pengalaman pegi tempat ni.

Sebenarnya tempat keje suami saya telah merancang untuk membuat satu majlis perpisahan untuk dia. Ni masa dia keje di felda pengeli timur. Nak dijadikan cerita, masa bulan februari lepas, sepatutnya dia dah tukar ke jengka 20. Tetapi, atas sebab2 tertentu (macam2 sebabnya, malas nak ingat lg) pertukaran suami saya tu kene hold dulu. Kebetulan dalam minggu nak buat majlis perpisahan ni, 2 org staf suami saya benti keje, jadi majlis tersebut telah menjadi majlis perpisahan org laen la plak...heheheheh!!!! Tempat ni di Desaru. Ok laaa. Takde la formal sangat majlisnya. Yang paling excited ialah muaz harith kerana dia dapat mandi kat kolam. Kalau boleh 24jam nak duduk kat situ, nak main air jer....




BBQ-muaz tolong kipaskan





Muaz harith yg happy







Suka sangat main air




Jumaat, 6 November 2009

Peperiksaan






Sekarang ni tgh musim periksa. Risau betul la kl ader student yg tak leh buat ni...Pastu time2 cam ni la ramai bebenor student yg nak dtg jumpa...yang tak datang pun ader gak,tak hantar assignment langsung!!!dulu masa zaman2 saya kalau assignment tu mmg wajibulngunnah ler kene buat...tapi skrang ni tak macam dulu...





Ni masa saya jaga exam di DSG (dewan sejuk giller). Ada la sorang student ni, dah masuk dalam dewan pun dok nak bercakap cakap lg dgn kawan sebelah dia. Sekali saya jerkah!!!hah!!!baru dia tau!!!pastu saya tgok dia keluar awal. bila saya tgok skrip jawapan dia, masyaALLAH...banyak yg dia tak buat.kl yang dia buat pun dia tulis dua baris ayat jer. ok la tu ek dari 1 baris je...hehehehehe!!!!!Tapi ada gak student saya yang cam gitu...biasanya pelajar yang tak OK mmg result tak OK(boleh tak cakap macam ni???heheheheh!!!). Apa2 pun all the best for my students walaupun paper yang dah lepas ni ade yg failed!!!huhuhu!!!!tak per, sem depan boleh amik lagi...




Isnin, 2 November 2009

Lasagna









Sebenarnya, saya dah lama teringin nak buat lasagna. Cuma tak kesampaian sebab oven takde...microwave tak leh baked. Jadi, tergendala la sekejap impian dan cita2 nak buat lasagna ni. Padahal, bahan2nya dah beli dah masa balik johor hari tu...Nak di jadikan cerita, saya macam mengidam plak . Hehehe!!! Jadi, saya dgn selambanya telah menumpang bakar lasagna di rumah jiran. Jadi, tercapai la hasrat dan hajat saya untuk makan lasagna yang di buat sendiri. 1/4 saya bagi pada jiran, 1/4 lagi bagi pada adibah dan mardhiah, 1/3 dari 1/2 yang tinggal, saya bg pada kak saf dan selebihnya untuk saya dan suami. Diorang kata sedap. Saya tak nak lah kata sedap, nanti org cakap masuk bakul angkat sendiri.Hehehehe!!!Tak sangka, berjaya jugak saya masak.

Ni 1/4 untuk dibah dan mardhiah