Khamis, 29 Oktober 2009

nasi lemak antarabangsa

hubby khusyuk dan tawadhuk makan sampai tak ingat bini...


Nak di jadikan cerita, ketika g KL baru2 ni kami g la makan kat kedai ni, nasi lemak antarabangsa. Sebenarnya, tak pernah makan kat sini...first time ni. Tapi, ok laaa. Sedap la jugak. Saya makan mee goreng dgn rojak buah. (rasa macam tamak haloba plak nak makan byk). suami saya makan nasi lemak dgn ayam goreng pastu tambah bergedil 1 dan sup tulang rawan...bergedil tu 1 biji rm2.50...tak berbaloi betul...mujur la hubby saya cakap bergedil yg saya buat lg sedap....hehehehe.





high commission of bangladesh



Baru-baru ini saya telah ikut suami ke kedutaan bangladesh...sebenarnya bukan saya yg nak ikut tapi dia yang ajak....nak tak nak, pg la jugak....dia ke sana sbb pasport pekerja bangla dia tu dah nak tamat tempoh, jadi urusan pekerja bangla ni kene buat di sana, kat kuantan takde. Selama suami saya berkeje,dia tak pernah lg ke sana. Jadi, kami ni pergi dgn map yg saya print dr google....kami g sana mlm....maklumlah, saya dah boleh bawak kereta...jadi pada mulanya saya drive dr umah sampai genting sempah, pastu br la suami yg bawak....kami jumpa kedutaan tu jam 12.30mlm...tu pun tanya pakcik taxi.Then, check in hotel yg dekat2 situ...banyak hotel kat area2 tu,yea lah, dekat dgn KLCC. Esok paginya pergi, masyaALLAH, rupa2nya kat sana takde sistem nombor, main rebut2 jer...bila kaunter di buka kene berebut untuk beratur,mujur la diorang ni tau beratur. Pastu jam 9.40pg dah setle tapi kene datang balik jam 4.30 ptg untuk amik pasport. So, masa yg ader tu telah digunakan untuk meronggeng di masjid india, semua house tapi tak sempat nak g sogo...Kul 4 gerak balik ke kedutaan bangla tu, pastu terus balik jengka...dr KL jam 5ptg sampai umah 6.45ptg...betapa lajunya suami saya bawak kereta...isk,isk,isk....Saya?Masa tu saya tdooooooo, penat berjalan....heheheheheheh!!!


Rabu, 21 Oktober 2009

sesungguhnya...




ada juga blog yang meletakkan lagu sebagai tanda yg lagu tersebut disukai mereka...
waahh, apsal ayat saya ni formalnyer...hehehehe
lagu ini saya nak tujukan buat semua...
saya suka sgt lagu ni....maksudnya begitu mendalam...jom laaayan....

Sesungguhnya.... (Raihan)

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu

Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu takkan ber bunga

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu

Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Selasa, 20 Oktober 2009

satu permulaan



salam...

saya baru je nak berjinak-jinak dalam menulis blog ni....
ade la seorang sahabat tu beria sgt suruh saya join bende ni...
tapi baru je nak nulis, hubby dah tel suh tggu kat parking lot...dia dah dtg nak amik...
buat masa ni balik keje dia amik, pg keje pun dia yg anto tapi dia duk kat sebelah je laaa sbb saya tgh training dgn dia bawak kereta...wakakakakaka!!!!padahal lesen tu amik tahun 2005 kl tak silap...sampai la ni tak teror lg bawak kereta...maklum laaa...kereta manual....


gambar ni sebagai satu permulaan...untuk sampai ke puncak gunung ni kita kene mendaki dari bawah dulu, baru boleh sampai ke puncaknya...tapi kalau naik helicopter boleh jugak kot....tapi tak aci ar kl gitu...ni pemandangan dari rose cabin cottage, gunung kinabalu.