Jumaat, 6 Jun 2014

Villa Casuarina


Assalammulaikum
Maaf entry tertunggak
tapi saya perlu juga kongsikan di sini
pengalaman kami bermalam di Paka
Saya ke Terengganu untuk membuat pemantauan praktikal student
habes jelajah semua pelusuk Terengganu.
Banyak tempat yang saya kene pantau antaranya, Mardi Paka, ladang-ladang tradewind, felda dan resort.
Semasa di Paka, kami ingin terjumpa satu papan iklan VILLA CASUARINA. Kerana tiada pilihan hotel, kami terus menelefon nombor tertera.

019 215 0503

chalet ni sgt cantek pada saya...dan selesa
cuma tak berpa sesuai untuk anak-anak saya yang sgt lasak...hihi
faham2 je laa my mumumu tu kannn.....

jom kite lawat kawasan villa tersebut...
1mlm rm200


buku utk pelawat

ade dapur comel mcm ni...lengkap microwave , peti sejuk....etc

bilik air pun bersih

ni view kat luar

tgok...cantek kan...kat bawah katil tu ade lagi tilam boleh bawak kuar...so muat laa utk kami 1 family


bilik ni di hias cantek

view dari bilik...depan tu pantai...tapi tak boleh mandi sbb masa tu angin kuat, laut bergelora,,,,

jgn lupa bermalam di Villa Casuarina jika ke Paka

Khamis, 5 Jun 2014

Roti Lapis Daging Berkeju


Assalammualaikum dan selamat pagi
lama tak bersiaran...
just nak share satu resipi mudah yg boleh di buat sarapan, makan tghr atau makan malam...ahahahaha
nak mkn bila2 pun boleh...


Bahan-Bahan Untuk Inti:

3 keping daging burger , masuk dlm microwave sekejap, pastu tumbuk, boleh juga gune daging kisar
2 sudu besar kacang peas (ni sy letak terlebih byk, jadi anak2 tak suke sgt)
carrot secukupnya
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji lada merah di potong halus
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:

Tumis bawang2, bawang besar dan lada merah.
Kemudian masukkan daging yang telah ditumbuk.
Last sekali masukkan kacang peas.
Kacau sebati, sehingga masak
p/S kalau nak pedas, boleh tumis sekali dengan lada kering yg dah di blend


ni laa rupe inti untuk roti lapis daging tu ye



untuk roti, celopkan roti dengan telor macam ni
yang ni lapisan pertama.terus buat dalam caserole tahan api utk masuk dalam oven ye
caserole saya kecik aje nih

 lepas tu letak inti daging tadi, letak sosej ke, crabstick ke, udang ke...ikut suke laa ye.... pastu letak keju cheddar macam ni...

 ulang lagi dengan lapisan yang seterusnya...
lapisan akhir saya letak mozarella dan cheddar
ni rupe sebelom di bakar ye
ni dah siap bakar
yg ni dah berjaya dipotong
ni yg nak di ngapppp...hihihi

senang aje kan....
selamat mencuba ye...xoxo

Selasa, 1 April 2014

Surat Terbuka Untuk David Teoh

Kepada,
Mr David Teoh,
 
Saya ingin mencadangkan pihak tuan agar membuat satu rancngan tentang percutian keluarga. Ini kerana jika di lihat di TV banyak rancangan yang berkisar percutian adalah untuk backpackers (alah, yang org g bercuti solo tu just bawak bag sandang belakang jek, kalau bawak family dgn 3org anak mmg tak boleh laa...melainkan bag korang beso gedabak...kikiki), untuk pasangan suami isteri tetapi untuk percutian keluarga masih belom ade lagi. (kannnn?betul tak?)
 
Mr David Teoh,
 
Pada saya, aktiviti bercuti bersama keluarga merupakan salah satu cara bagaimana kita nak merapatkan lagi silaturahim dan beriadah bersama sama keluarga.Ini merupakan masa-masa berharga kepada ibu bapa untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak-anak. Percutian keluarga sebenarnya tidak hanya terhad pada musim cuti sekolah,di luar negara , di tempat tempat mewah atau eksklusif. (Legoland tu pun mahal jugak bagi aku ni laa...mmg tak sesuwai untuk yg ada anak ramai), tetapi boleh juga dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad (atau Jumaat bagi yang bercuti pada hari Jumaat). Apa yang penting, masa yang digunakan untuk bersama sama dengan keluarga.
 
Mr David Teoh,
 
Pendedahan untuk pergi ke tempat-tempat percutian bajet bersama keluarga perlu kerana ianya mungkin dapat membantu golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Untuk bercuti bersama keluarga, banyak perkara perlu dititik beratkan selain dari kos. Umpamanya, tempat menginap sekiranya perlu menginap, bilik yang ditempah bukanlah untuk 2orang (Superior atau Deluxe) sebaliknya perlu bilik yang boleh memuatkan anak-anak juga. Apabila menempah hotel, selalunya perlu ada kolam renang agar anak-anak dapat bersantai di waktu petang. Selain itu, sudah semestinyalah tempat makan ketika bercuti. Dengan bajet yang ada, tempat makan untuk keluarga juga menjadi keutamaan.
 
Mr David Teoh,
 
Ramai orang beranggapan sekiranya anak-anak masih kecil, aktiviti percutian bersama keluarga perlu dihadkan kerana susah untuk membawa mereka yang masih kecil. Tapi itulah hakikatnya. Jika anak-anak telah dewasa, ada diantara mereka yang sudah tidak mahu mengikut keluarga berjalan atau bercuti. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu ada hubungan yang baik dan memang lumrah kanak-kanak yang sukakan keseronokkan. (Mak bapak pun kadang-kadang tumpang sekakik...kikiki).
 
Mr David Teoh,
 
Selain itu, perkongsian seperti perkara yang berlaku sepanjang percutian juga boleh didedahkan. contohnya, anak-anak yang merajuk, mengamuk, keterujaan mereka, dan segala perilaku mereka yang sudah pasti lebih kurang juga dengan anak-anak orang lain.(Bawak anak-anak kecik kalau makan kat luar selalunya mesti ada air tumpah..itu biasa....ngeh ngeh ngeh), Jadi, sebagai ibubapa, perlu tau bagaimana untuk menangani masalah tersebut.
 
Mr David Teoh,
 
Itu sahaja cadangan saya.Jika pihak tuan ingin menjalankan rakaman atau penggambaran tentang rancangan ini, kami sekeluarga berbesar hati untuk menyertainya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
p/s hadoyaiiiii kenapa aku buat entry nihhh...ahahahahahah...well....lepas solat subuh tadi tiba-tiba teringat lak mr david teoh...tu yang gigih taip pepanjang nihhhh....
 
 
 
ni gambar kami masa pegi Terengganu...cuba tgok yang kene dokong tu...alahaiiiiii.....hihihi
 

Isnin, 10 Februari 2014

Bread Butter Pudding (serius sedapppp)

 Assalammualaikum...
ya allah...lamanya tak bersiaran...maaf laa ye...
biasa laaa...org2 yg super busy mmg mcm ni...ahahhaha...
just nak share resipi mudah yg sgt laa sedap...
di sebabkan tak dpt join geng2 blogger kat AbuAin Kitchen Studio tu kan...so ,kite buat laa sendirik Bread Butter Pudding ni hahhh...amik dari kak Azian Elias...
serius sedapppp dap dap nak mamam lagikkk....ekekekekek
gambar atas sebelom bakar
yg bawah ni siap bakooooo

ok..jom layan resepi..

Bahan-bahan

1/2 loaf roti butterscoth gardenia
60g butter di cairkan
4sudu brown sugar
2biji telo
1 cawan susu segar
1 cawan whipping cream
kismis, chocolate chip dan walnut secukupnya

Cara-cara membuatnya

1. Butter, campur telo, susu cair, whipping cream dan brown sugar di kacau sehingga larut.
2. Roti dipotong dadu, kecik2.
3. Curahkan bahan tadi ke atas roti.Kalau boleh letak dalam bekas utk bakar sekali, senang.
4. Taburkan kismis, walnut, chocolate chip ke atas puding tadi.
5. Bakar selama 40min, suhu 160 darjah.

makan panas2 pun sedappp ...selamat mencuba ye....xoxo