Isnin, 24 Jun 2013

Cameron Highlands

 As salam...
Lama bercuti berblog sebab busy
ade vetting soalan kat kampus jengka ni hahhh
buat soalan lagi susah dr jawap soalan taww....
huhuhu
just nk share kami telah TERpergi ke cameron highlands
hihihihihi
boss hubby acik lerrr yg beria sgt nak pg...bgtau hr Jumaat,hari Sabtu nak pg....
so, kami pergi dgn staff hubby semua laa...ade 6family
suke sgt gambo family kami ni...
comey tak comey tak????ahahahha
 ni masa breakfast d Sg Palas Estet
Muaz said:
3 perkara yg mesti dilakukan jika datang ke cameron highlands
1. Minum teh
2. Petik daun teh
3. Petik strawberry

mak dia ckp dlm hati..... (koya betul ade anak mcm nihhhhh....grrrrrrrr)
hahahahhahaha
 ni kami ke Taman Rama-Rama
sedihhhhh
byk rama-rama mati dipijak oleh muiz
then dia ade gak amik rama2 tu masuk dlm kolam
kolam tu byk ikan koi
untonggg laaa ikan tersebut dpt makan rama2
yeahhhh...ni budak dindut
8bulan 9kg

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini
hari ni genap 7tahun perkahwinan saya dengan Muhammad Bin Adam
hihihi
patut laa last week lagi dia ckp nak cuti hari ni
siap ajak ai lagikk hoccayyyy
tapi apakan daya....
acik ade kelas laaa
minggu ke 3 baru mula kuliah
apa daaaaa......huhuhu


Selasa, 11 Jun 2013

Geram & Seram

As salammualaikum dan selamat pagi
terlebih dahulu marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
dilimpahkan dgn kesihatan
Alhamdulilah...
(ni da mcm nak bg ceramah dahhh nihhh...addeehhh)

Tgok laa jadual acik utk sem nih
lalalalalalalalalallalaalla

ok...semalam kelas acik kul 10pagi...tp hampehhhh
sorg pun takde yg datang
ini sudah buat acik bikin marah nihhh
sabo jekkk laaaa
gerammmmm
pagi ni kalau duduk rumah boleh buat 3bijik kek
ahahahahahha

ptg tu ajak hubby g Darusshifa Mentakab
baru tau kat Mentakab ade...
badan acik ni rasa  tak OK lg laa
di sbbkan ptg semalam takde kelas, tu yg ajak hubby pergi

kami makan kat Thalay Tom Yam Seafood
korg tgok order air sampai 3!!!
ahahahahah
sebenarnya, mula2 order air tu ade semut hitam 4 ekor
aku ckp kat budak tu, mintak tukar
da tukar, eh..ade lg 3ekor semut
takkan laa nak mintak tukar lg kan

so aku order laa air lain ...sekian....hihihi


MuMuMu kene tinggal dengan pengasuh
kesian diorang...sebab kami balik malam  10lebih
Muaz dgn Muiz da tido
Mujib jekk yg baru bangun

pengalaman berubat di Darusshifa Mentakab tu, 
aku takut nak cerita kat korang!!!
serammmmmm....

ok bye...

Jumaat, 7 Jun 2013

Cheese Tart

 Hari ni nak balik Johor amik Muaz dan Muiz
sebelum g kerja acik sempat laa buat cheese tart sikit, nak bawak balik ptg nnt...
ingat nak buat ke...tgok laa tghr nnt...
jom layan resipi cheese tart dulu
Bahan-Bahan
(untuk kulit tart)

170g marjerin @ butter
50g gula aising
1biji telor
290g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
acuan tart

Bahan-bahan cheese

250g cream cheese
50g gula halus
1biji telor
1 sudu esen vanila

Cara-cara Membuatnya

Pukul marjerin dan gula aising sampai gebu, masukkan telo, dan putar lagi.
Kemudian masukkan tepung dan esen vanilla
Guna spatula, gaul2kan sehingga jadi doh.
Rehatkan sekejap dalam 30min.
Kemudian, guna acuan tart dan tekap perlahan2.
jangan terlalu tebal, dan jangan terlalu nipis.
Cucuk2 kulit tart dgn garfu sebelum di bakar
bakar 10-15min

Untuk cream cheese, putar cream cheese, gula, esen vanila dan telo sehingga gebu.
Kemudian, paipkan ke dalam kulit tart yg dah di bakar tadi,bakar lagi 10-15min pada suhu 170 darjah.
Sebelum letakkan cream cheese, sy akan letakkan filling blueberry sedikit di dalam kulit tart tersebut.
Untuk bahagian atas tu, boleh tgok di sini cara nak lorekkan dia bagi cantik.

saya jugak suke toppingkan cheese tart saya dgn buah2an segar
sebab sy tak suke sgt kl gantikan kastard
hihihi
 

Selamat mencuba!!!

Khamis, 6 Jun 2013

Pear Almond Cake

 Just nak share kat sini satu resipi kek yg mudah dan sedap
u know laa...acik ni mmg suke resipi2 yg mudah2 kannn
kl payah tu, mmg tak jadikkk laaa....hihihi
dah 2x buat kek ni...ingat nak buat lg laa ptg ni.sbb pear pun ade kat rumah tu

Masa tgh tgok AFC cerita River Cottage , Hugh Whittingstall  ade buat kek ni.tapi ye laa...dok tgokkk jek, nak nyalin mmg tak dan laa kann....hihihi...jumpa lakk  resipi ni kat blog  kak Muna yang comel..

Layan laa bahan2nya ye...

Bahan-bahan

 175g unsalted butter(yan gune butter biasa aje)
125g gula castor (yan gune gula pasir) + 1sudu besar gula utk karamel
3 biji pear, buang kulit dan potong 4
2 biji telor
75g serbuk badam
75g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik 

Cara-Cara membuatnya

Panaskan pan, dan masukkan 25g butter (sy guna kuali non stick tu, mudah sikit)
Kemudian, masukkan  1sudu gula, dalam 10min gitu sampai jadi karamel, da siap, ketepikan.
Ambil baki butter, masukkan dalam mixer.Masukkan gula dan putar sampai gebu.
Masukkan telor.
Kemudian masukkan serbuk badam, tepung dan serbuk penaik.
Dah sebati, tuangkan dalam spring form 9inci.
Saya susun dulu buah pear yg dah disalut dgn karamel tadi di dalam spring form, sebelum tuangkan bahan kek. Tapi kak Muna letak kat bahagian atas kek. 
saya tabur almond flake kat bahagian atas kek
Bakar pada suhu 170 darjah selama 45min



Selamat mencuba....

Mama Zakie, nak jaga Mujib tak?

Untuk tatapan Mama Zakie
Mujib 8bulan da tumbuh 2 batang gigi atas
selalu bangun kul 2,3 pagi
bangun berak
pastu tak tido
main2 sampai kul5pagi baru tido
Ummi macam baru nak tido, eh, dah kul6 lerrr
Mujib pun bangunnn lagikkkk
hadoyaiiiiii
mujur abah ada, ummi gilir2 jaga mujib dgn abah
Mama Zakie nak jaga Mujib tak?
ngeh ngeh ngeh

Rabu, 5 Jun 2013

Ehem ehem ehem...

hihihihi...teringat lak hubby acik ade bagi msg
kikikikiki
ehem ehem ehem
ni laa encik suami kita
ahahahahah
mcm laa u all tak kenai ek....
kay bye
byk kerja ni
minggu depan students da masuk derrr
huhuhu

Isnin, 3 Jun 2013

Sekitar Gathering Blogger Di Musolla Ehsan

 Assalammualaikum
Hari ni nak cerita pasai kami g Musolla Ehsan
jumpa kawan2 blogger gituuu...
pada mulanya kami nak g awal tp hubby acik kerja, so, agak lewat jugak kami gerak dr Jengka
sampai rumah Dato Abdullah Al Hadi jam 4lebih.Jam 5 ptg hubby dah ajak gerak ke Kota Kemuning(rumah abg ipar) sebab jam 6 petang mereka nak g Stadium Bukit Jalil tgok JDT lawan Pahang. then lepas bisik2 kat hubby acik, dia bg acik stay kat musolla Ehsan, mlm nnt lepas habis bola,dia datang amik acik dgn mujib.
Muiz dengan muaz mana ada, diorang kan kat kampung....ehehehehehe
gambo atas tu Muijb dengan Datin Aishah Hassan

 Muka redha jekkk...Mujib dengan acik Erna

 Ni gambo before balik dengan Dato Abdullah Al Hadi
 ni dengan kak JunAina
 Ni dengan kak Pena Rozie
 ni ramai2...masa ni kakak AinNoraini da balik
Berdiri dari kiri...Kak Ayu,Kak Jun,Mujib,Azian,Kak Azwa, Kak Ida,Kak Rozie,Bunga Mawar
Duduk dari kiri...Datin Aishah, Kak Azie, Adik datin, Iyra dan kakak Wangi
 Ni dengan Iyra Mutalib
 Kak Azie, Kak Rozie, Azian dan Mujib, Anyss Jee (Permintaan anyss hoccay, muke dia jadik cam tu...ekekekek)
Yang ni dengan Abah Zino, kak AinNoraini ade tu, nampak tak????hihi
then, malam tu acik dengan mujib tak balik Kota Kemuning
kami terus tdo kat rumah Dato
hubby sampai Kota Kemuning kul12lebih
dia suh kami tdo umah Dato ajek...
kikikiki...
so, mlm yg datang
Atuk Baik
makan2 mmg sgt best hoccay
ade macam2
acik bawak muffin je derr
hihihi
ade Char Kue Tiaw (hubby Ayu yg masak disponser oleh Anyss)
BBQ...ayam, udang, sosej
ooo...kaloriiiiiii
ahahahahah
Alhamdulilah, seronok sgt2 dpt jumpa kawan2 blog
esoknya sebelum balik Jengka, kami singgah Darusshifa
Alhamdulilah, rezeki kami
walaupun orang ramai tp kami tunggu tak lama
dan Alhamdulilah, rasa makin sihat
Alhamdulilah
Alhamdulilah
Alhamdulilah