Memaparkan catatan dengan label Resipi Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Daging. Papar semua catatan

Khamis, 5 Jun 2014

Roti Lapis Daging Berkeju


Assalammualaikum dan selamat pagi
lama tak bersiaran...
just nak share satu resipi mudah yg boleh di buat sarapan, makan tghr atau makan malam...ahahahaha
nak mkn bila2 pun boleh...


Bahan-Bahan Untuk Inti:

3 keping daging burger , masuk dlm microwave sekejap, pastu tumbuk, boleh juga gune daging kisar
2 sudu besar kacang peas (ni sy letak terlebih byk, jadi anak2 tak suke sgt)
carrot secukupnya
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji lada merah di potong halus
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:

Tumis bawang2, bawang besar dan lada merah.
Kemudian masukkan daging yang telah ditumbuk.
Last sekali masukkan kacang peas.
Kacau sebati, sehingga masak
p/S kalau nak pedas, boleh tumis sekali dengan lada kering yg dah di blend


ni laa rupe inti untuk roti lapis daging tu ye



untuk roti, celopkan roti dengan telor macam ni
yang ni lapisan pertama.terus buat dalam caserole tahan api utk masuk dalam oven ye
caserole saya kecik aje nih

 lepas tu letak inti daging tadi, letak sosej ke, crabstick ke, udang ke...ikut suke laa ye.... pastu letak keju cheddar macam ni...

 ulang lagi dengan lapisan yang seterusnya...
lapisan akhir saya letak mozarella dan cheddar
ni rupe sebelom di bakar ye
ni dah siap bakar
yg ni dah berjaya dipotong
ni yg nak di ngapppp...hihihi

senang aje kan....
selamat mencuba ye...xoxo

Selasa, 19 November 2013

Burger Bakar Azian

As salam.selamat pagi...hari ni datang opis awai giller...kul 7.15pagi dah sampei...sbb nya kul 8 nnt sy kene bagi ceramah kat student yg baru masuk...tajuk dia:Peranan Sebagai Mahasiswa...(perghhhhh....slide dah siap...nak edit2 jek balik n tambah2 mana yg patut jekkk)
hari tu berkesempatan laaa buat burger...tp kekonon nak buat sendirik laa patty dia tu hahh...dok godeh2 kat google...ek eleh...senang aje ngupenya....ahahahahah(ade nada berlagak di situ ye...tp nak buatnya pun amik masa jugak walaupun resipinya dah ade...ahahahah)ni projek usaha sama dgn muaz sbb dia pun nolong sekalik...ehhh...dia mmg suke bab2 kerja dapur nihh....kikiki
yang dia punya dia buat sendirikkk
masa ni dia siap terangkan satu2 macam mana nak buat...boleh dia bahasa diri aku ni makcik....
"makcik2...buat dia macam ni ye mula2...." hampehhhh....

OK the bahan2nya ialah seperti berikut

Bahan-Bahan

400g daging cincang
sedikit serbuk roti(dalam 2sudu gitu)
sebiji telor
2sudu sos lada hitam
2 sudu sos tiram
1 sudu gula
1 sudu teh garam
2 sudu madu(ai saje saje jekk letak...)
italian herbs secukupnya...kalau yg tak suke bau2 herba ni, tak yah letak pun takpe...

Cara-Cara Membuatnya

1. Campurkan semua bahan-bahan dan gaul hingga sebati
2. Kepal2kan dan buat bentuk patty...kalau kreatip nak buat bentuk lain pun boleh jugak...(bentuk kereta ke...ni idea muaz...ahahahah)
3. Then jangan buat sedang2 utk roti burger tu, buat kasik beso sikit sbb daging ni mengecut.(mula2 aku buat banyak betul komen dari Muaz...dia cakap bila makan burger ummi ni tak dapat pun daging...dah makan sampai tgh baru jumpa daging dia...cisss.....)
4. Masukkan dalam peti sejuk sekejap dalam 10-15min nak bagi dia mesra2 gituuu...kalau tak sabo nak tunggu, bakar jek terus pun bolehhhh cik jahhhh.
5. Saya bakar gune tefal aje...malas nak kotorkan GF...(nampak nooo pemalas kannn...ahahah), bakar sampai masak.saya letak sedikit marjerin semasa membakar.


Dapat banyak jugak laaa...tapi saya tak buat patty semuanya...yg lebih saya buat ball2...ala2 meatball gitu...saya buat spageti....

Selamat mencuba!!!

Rabu, 11 September 2013

Daging Salai Masak Lemak Dengan Belimbing Buluh

  Assalammualaikum...
dah makan tghr lom nih??
hari ni kelas habes jam 12
makan kat opis jekkk bawak bekal
semalam sampai rumah dah 6.30petang
MuMuMuMu semua dah ade kat rumah
kelek Mujib jap, susukan dia, gomol2 sikit pastu terus ke dapur
dah berangan dah nak masak daging salai
Daging salai ni kawan acik yg belikan kat Kuala Pilah
1kg rm40

disebabkan nak cepat, kita masak laa cincai2 ek...

Bahan-bahan

1santan kotak
2biji lada merah besar
bawang 3 ulas
bawang putih 3 ulas
serai 2 batang
kunyit 1/2 inci
daun kunyit 1 helai hiris halus2
belimbing buluh secukupnya
daging salai 250g
air secukupnya
garam secukup rasa

cara-cara membuatnya

1. Blend semua bahan, serai, bawang2. kunyit,lada.
2. Masukkan bahan blend dalam periuk.
3. Masukkan daging, renehkan sekejap.Letak air sikit.
4. Masukkan santan, garam dan belimbing buluh.
5. Tunggu sampai didih, kacau perlahan lahan.
SIAPPPP

hihihi...senang aje kan....
tak letak cili api sbb mmg tak nak buat pedas, kang ade yg tak makan kang....


ok...ni masak pagi tadi...
muaz nak ikan pari bakar
pastu gorengkan kacang buncis letak sosej

so, bekal acik pun sama laaa dgn bekal anak2....

kay, acik ni nak sambung marking test balikkk....