Memaparkan catatan dengan label Resipi Kuih Muih. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resipi Kuih Muih. Papar semua catatan

Khamis, 5 Jun 2014

Roti Lapis Daging Berkeju


Assalammualaikum dan selamat pagi
lama tak bersiaran...
just nak share satu resipi mudah yg boleh di buat sarapan, makan tghr atau makan malam...ahahahaha
nak mkn bila2 pun boleh...


Bahan-Bahan Untuk Inti:

3 keping daging burger , masuk dlm microwave sekejap, pastu tumbuk, boleh juga gune daging kisar
2 sudu besar kacang peas (ni sy letak terlebih byk, jadi anak2 tak suke sgt)
carrot secukupnya
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji lada merah di potong halus
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:

Tumis bawang2, bawang besar dan lada merah.
Kemudian masukkan daging yang telah ditumbuk.
Last sekali masukkan kacang peas.
Kacau sebati, sehingga masak
p/S kalau nak pedas, boleh tumis sekali dengan lada kering yg dah di blend


ni laa rupe inti untuk roti lapis daging tu ye



untuk roti, celopkan roti dengan telor macam ni
yang ni lapisan pertama.terus buat dalam caserole tahan api utk masuk dalam oven ye
caserole saya kecik aje nih

 lepas tu letak inti daging tadi, letak sosej ke, crabstick ke, udang ke...ikut suke laa ye.... pastu letak keju cheddar macam ni...

 ulang lagi dengan lapisan yang seterusnya...
lapisan akhir saya letak mozarella dan cheddar
ni rupe sebelom di bakar ye
ni dah siap bakar
yg ni dah berjaya dipotong
ni yg nak di ngapppp...hihihi

senang aje kan....
selamat mencuba ye...xoxo

Selasa, 10 Disember 2013

Kaswi

Assalamualaikum...
cuti hari ahad haritu acik buat kuih feveret Muaz...bukan main suke dia...jom layan resipi...

Bahan A

5 cawan air1
cawan gula merah
1 cawan gula pasir
 (Masak semua bahan di atas dan sejukkan.)

Bahan B:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ ubi/ jagung
1 tsp kapur makan
Kelapa parut muda
garam secukup rasa

Cara-cara:
  1. Sapukan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.(10x10x2inci)
  2. Bancuh semua bahan dan tapis. Tuang dalam loyang.
  3. Kukus sehingga masak dalam 30 minit.
  4. Tunggu sehingga sejuk baru boleh dipotong dengan pisau plastik.
  5. Kelapa muda digaul dengan garam.
  6. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa parut.Siappppp....

saya copy n paste dr blog ni ye...selamat mencuba!!!

Jumaat, 7 Jun 2013

Cheese Tart

 Hari ni nak balik Johor amik Muaz dan Muiz
sebelum g kerja acik sempat laa buat cheese tart sikit, nak bawak balik ptg nnt...
ingat nak buat ke...tgok laa tghr nnt...
jom layan resipi cheese tart dulu
Bahan-Bahan
(untuk kulit tart)

170g marjerin @ butter
50g gula aising
1biji telor
290g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
acuan tart

Bahan-bahan cheese

250g cream cheese
50g gula halus
1biji telor
1 sudu esen vanila

Cara-cara Membuatnya

Pukul marjerin dan gula aising sampai gebu, masukkan telo, dan putar lagi.
Kemudian masukkan tepung dan esen vanilla
Guna spatula, gaul2kan sehingga jadi doh.
Rehatkan sekejap dalam 30min.
Kemudian, guna acuan tart dan tekap perlahan2.
jangan terlalu tebal, dan jangan terlalu nipis.
Cucuk2 kulit tart dgn garfu sebelum di bakar
bakar 10-15min

Untuk cream cheese, putar cream cheese, gula, esen vanila dan telo sehingga gebu.
Kemudian, paipkan ke dalam kulit tart yg dah di bakar tadi,bakar lagi 10-15min pada suhu 170 darjah.
Sebelum letakkan cream cheese, sy akan letakkan filling blueberry sedikit di dalam kulit tart tersebut.
Untuk bahagian atas tu, boleh tgok di sini cara nak lorekkan dia bagi cantik.

saya jugak suke toppingkan cheese tart saya dgn buah2an segar
sebab sy tak suke sgt kl gantikan kastard
hihihi
 

Selamat mencuba!!!

Sabtu, 11 Mei 2013

Kuih Lapis


 Bahan-bahan

3 cawan tepung beras
6cawan santan sederhana pekat
6sudu besar tepung gandum
6sudu besar tepung jagung
1cawan gula pasir
1/4 sudu garam
pewarna ikut suke ye

Cara-cara membuatnya

Panaskan pengukus
masukkan santan ke dalam periuk, masak biar suam2 kuku gitu, tutupkan api
kemudian masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam periuk santan tadi, kacau sehingga tidak berbintil bintil
tapiskan dan dibahagikan kepada 2 bahagian
satu warna putih, satu lagi ikut laa nak buat warna apa ye

masukkan loyang dalam pengukus
masukkan sesenduk demi sesenduk
masukkan warna putih dahulu dan kukus selama 5minit
setelah lapisan pertama masak, masukkan pula warna ke dua
ulang sehingga 6lapisan dan diakhiri dengan lapisan yang berwarna


 
sebenarnya saya dah buat dua kali
satu kaler merah, satu lagi kaler ungu

Muaz yang tanya saya mula2...
dia nak makan kuih yang ade warna putih, pink dan merah..
saya ni blur tak tau kuih apa
rupe2nya kuih lapis kaler merah.....
kikikiki

ok, yg gambo bawah ni ade soto...
yg ni sebenarnya nak bagi kat jiran

ok, senang je kan...?
selamat mencuba...xoxo

Durian Crepe

 hihihi

kesiankan...baru nak tepek kat blog
dah berjaman dah buatnya
just nak tepek jek resipi kat sini
amik resipi  dr blog cik epal

Bahan-bahan
250g tepung gandum
3biji telo
400ml santan
100ml air
1/2 sudu teh garam
1sudu teh esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telo/hijau/ikut suke laaaaa

Filling
Whipping cream, letak gula sedikit
disebabkan saya buat durian crepe, so saya letak lee durian, kl nak letak filling lain pun boleh, macam blueberry ke, oreo ke...terpulang

Cara-Cara
satukan bahan crepe dan kacau kemudian tapis
buat lempeng/crepe tu nipis2
jangan tebal2 ye....lagi nipis lagi sedap laa crepe u all
ahahahahha, ni pd pendapat aku laaa
then bila da siap satu lempeng tu, boleh alaskan dengan plastik kalau takut melekat antara satu sama lain
kemudian bungkus macam gambo kat atas tu
lipat elok2
kalau u all kreatip banget, boleh laa lipat ikut suke, lipa bentuk2 gituuuu
acik tau lipat mcmni ajekkk
kikikikiki

da takde ek org buat durian crepe lagik???
durian dah jadik tempoyak gamaknya
hihihi

Isnin, 29 April 2013

Pai Daging & Kentang


As salam....
Selamat pagi semua
Hari ni nak share satu resipi mudah...
dah lama buat...kikiki
tapi resipi asal ialah pai epal...
disebabkan takdak buah epal kat rumah, aku ubah laa jadik pai daging n kentang
kat atas ni masa kat dlm oven

Bahan-Bahan:
utk pastri
250g tepung gandum
100g gula halus(sy kurangkan sikit)
125g marjerin
1biji kuning telor

Bahan-bahan inti:
buat inti macam inti karipap
2biji kentang dipotong dadu
4keping daging burger, di masak dlm microwave dan ditumbuk(mcm sy buat begedil)
1sudu lada kering yg dah di blend dgn bawang merah dan putih
sedikit serbuk kari
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-Cara Membuatnya:
1.Marjerin dan gula dipukul hingga gebu
2. Masukkan kuning telor dan tuangkan tepung
3. Gaul rata sehingga menjadi doh
4.Rehatkan doh lebih kurang 30min atau lebih sebelum kita canaikan dia.
5. Untuk inti, tumis lada blend , kemudian masukkan serbuk kari.
6. Masukkan kentang dan daging serta sedikit air, tunggu sampai kentang empuk.
7. Canai doh ke dalam acuan yg sesuai,jgn tebal2 sgt.
8. Kemudian masukkan inti ke atas doh tadi, jangan penuh2 sgt...agak2 je ye.
9. Lebihan doh tadi boleh laa di gentel memanjang utk buat anyaman di bahagian atas pai.
10. Ni aku main anyammmmm jekkk yek..takde teknik2...ikut suke hati aku jekkk....kikiki
11. sapukan kuning telo di atas pai, dan bakar pada suhu 160 darjah selama 20min.

ok...ni ngupe dah siap...
seperti yang aku ckp tadi, resipi asal ialah pai epal...
so, pai ni kulit dia manissss....
lain kali kl nk buat lagik, aku cari laa pai daging atau ayam yg betul...

ahahahaha...
sekian....