Selasa, 2 Julai 2013

Dia bukan sape2 tapi...

Maaf...lama tidak bersiaran
Pelbagai dugaan datang...hati jadik tidak keruan

Minggu lepas saya dah start kuliah...mengajar anak2 bangsa agar jadi manusia berguna dan mengharapkan mereka dapat ilmu yg sepatutnya....hari Rabu mlm Khamis sy telah dikhabarkan dengan berita sedih, Wan saya telah kembali ke rahmatullah...memang dia bukan laa sape2 pada saya dlm erti kata saudara sedarah namun begitu, pemergiannya amat terkesan di hati saya.

Sewaktu mendaftar di UiTM Jengka pada tahun 2000 dulu, saya sebilik dengan anak Wan, Kak Syida.Semua orang sedia maklum, saya memang baik dengan semua orang. (bukan over peramah hoccayyy) .

Ketika tamat pengajian di Jengka, saya telah sambung ijazah di Shah Alam. Namun begitu, saya ni orang susah.Nak ke Shah Alam tu pun mak bapak tak boleh nak hantar.Jadi, saya bgtau pada mak saya, biarlah saya pergi naik bas aje. Masa tu saya pergi bawak dua bag aje. Bawak yang penting2 je mak cakap.Sebab naik bas susah bawak barang byk2.Saya bgtau Kak Syida yg ketika itu menyambung ijazah di UiTM Shah Alam tentang kemasukan saya ke UiTM.Dia mintak saya turun di Pudu.

Setibanya di Pudu, Kak Syida dan Wan telah sedia menanti saya.Saya terus ke rumah mereka. Tido 1malam dulu.Esoknya baru ke UiTM Shah Alam. 

Setelah saya bersiap siap nak pergi tu, Wan panggil suruh sarapan.Selain itu dia tunjukkan barang2 utk saya bawak macam baldi, tikar, penyapu, hanger baju, etc laaa...lengkap utk seorang budak yg nak duduk kat asrama. Bapak terharu gillerrr (ni menunjukkan yg aku ni sgt2 terharuuuuu taww). Menitik air mata. Ye laa, dia bukan sape2 pun tapi layan aku dengan sangat baik. Then, siap bagi duit lagi utk aku. Arwah Aki(ayah Kak Syida) pun bagi aku duit jugak.

Sampai je kat UiTM Shah Alam, kak Syida laa yg byk bantu.Sejak hari tu, kl takde apa2 aktiviti, hr sabtu dan ahad, aku akan ke rumah Wan.Kadang2 balik dgn Kak Syida...kadang2 balik sendiri naik bas dari KL.

Kini, giliran aku plak yg bagi Wan duit.Sebab aku ingat dulu dia selalu bagi aku duit.Teringat aku kata2 Wan. Sebelum aku balik ke kampus, dia bagi aku RM50. Then, ada anak Wan datang, tak silap aku abang Ngah. Abang Ngah bagi Wan duit. Wan terus bgtau pada aku,

"tgok, Wan bagi kau duit....ni Wan dapat duit lagi banyak dari bagi kat kau....."

maksudnya, jika kita bersedekah, Allah akan gandakan rezeki kita...itu aku sgt percaya...

Semoga roh Wan saya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman....
Ni gambar kami semasa majlis pertunangan Kak Syida
~~~ Kak Lang, kak Long, belakang kak long Alin (anak Kak Long yg sulong),Azian, Kak Syida, depan sekali tu Wan saya.... ~~~


Isnin, 24 Jun 2013

Cameron Highlands

 As salam...
Lama bercuti berblog sebab busy
ade vetting soalan kat kampus jengka ni hahhh
buat soalan lagi susah dr jawap soalan taww....
huhuhu
just nk share kami telah TERpergi ke cameron highlands
hihihihihi
boss hubby acik lerrr yg beria sgt nak pg...bgtau hr Jumaat,hari Sabtu nak pg....
so, kami pergi dgn staff hubby semua laa...ade 6family
suke sgt gambo family kami ni...
comey tak comey tak????ahahahha
 ni masa breakfast d Sg Palas Estet
Muaz said:
3 perkara yg mesti dilakukan jika datang ke cameron highlands
1. Minum teh
2. Petik daun teh
3. Petik strawberry

mak dia ckp dlm hati..... (koya betul ade anak mcm nihhhhh....grrrrrrrr)
hahahahhahaha
 ni kami ke Taman Rama-Rama
sedihhhhh
byk rama-rama mati dipijak oleh muiz
then dia ade gak amik rama2 tu masuk dlm kolam
kolam tu byk ikan koi
untonggg laaa ikan tersebut dpt makan rama2
yeahhhh...ni budak dindut
8bulan 9kg

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini
hari ni genap 7tahun perkahwinan saya dengan Muhammad Bin Adam
hihihi
patut laa last week lagi dia ckp nak cuti hari ni
siap ajak ai lagikk hoccayyyy
tapi apakan daya....
acik ade kelas laaa
minggu ke 3 baru mula kuliah
apa daaaaa......huhuhu


Selasa, 11 Jun 2013

Geram & Seram

As salammualaikum dan selamat pagi
terlebih dahulu marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi
dilimpahkan dgn kesihatan
Alhamdulilah...
(ni da mcm nak bg ceramah dahhh nihhh...addeehhh)

Tgok laa jadual acik utk sem nih
lalalalalalalalalallalaalla

ok...semalam kelas acik kul 10pagi...tp hampehhhh
sorg pun takde yg datang
ini sudah buat acik bikin marah nihhh
sabo jekkk laaaa
gerammmmm
pagi ni kalau duduk rumah boleh buat 3bijik kek
ahahahahahha

ptg tu ajak hubby g Darusshifa Mentakab
baru tau kat Mentakab ade...
badan acik ni rasa  tak OK lg laa
di sbbkan ptg semalam takde kelas, tu yg ajak hubby pergi

kami makan kat Thalay Tom Yam Seafood
korg tgok order air sampai 3!!!
ahahahahah
sebenarnya, mula2 order air tu ade semut hitam 4 ekor
aku ckp kat budak tu, mintak tukar
da tukar, eh..ade lg 3ekor semut
takkan laa nak mintak tukar lg kan

so aku order laa air lain ...sekian....hihihi


MuMuMu kene tinggal dengan pengasuh
kesian diorang...sebab kami balik malam  10lebih
Muaz dgn Muiz da tido
Mujib jekk yg baru bangun

pengalaman berubat di Darusshifa Mentakab tu, 
aku takut nak cerita kat korang!!!
serammmmmm....

ok bye...

Jumaat, 7 Jun 2013

Cheese Tart

 Hari ni nak balik Johor amik Muaz dan Muiz
sebelum g kerja acik sempat laa buat cheese tart sikit, nak bawak balik ptg nnt...
ingat nak buat ke...tgok laa tghr nnt...
jom layan resipi cheese tart dulu
Bahan-Bahan
(untuk kulit tart)

170g marjerin @ butter
50g gula aising
1biji telor
290g tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
acuan tart

Bahan-bahan cheese

250g cream cheese
50g gula halus
1biji telor
1 sudu esen vanila

Cara-cara Membuatnya

Pukul marjerin dan gula aising sampai gebu, masukkan telo, dan putar lagi.
Kemudian masukkan tepung dan esen vanilla
Guna spatula, gaul2kan sehingga jadi doh.
Rehatkan sekejap dalam 30min.
Kemudian, guna acuan tart dan tekap perlahan2.
jangan terlalu tebal, dan jangan terlalu nipis.
Cucuk2 kulit tart dgn garfu sebelum di bakar
bakar 10-15min

Untuk cream cheese, putar cream cheese, gula, esen vanila dan telo sehingga gebu.
Kemudian, paipkan ke dalam kulit tart yg dah di bakar tadi,bakar lagi 10-15min pada suhu 170 darjah.
Sebelum letakkan cream cheese, sy akan letakkan filling blueberry sedikit di dalam kulit tart tersebut.
Untuk bahagian atas tu, boleh tgok di sini cara nak lorekkan dia bagi cantik.

saya jugak suke toppingkan cheese tart saya dgn buah2an segar
sebab sy tak suke sgt kl gantikan kastard
hihihi
 

Selamat mencuba!!!