Isnin, 29 April 2013

Pai Daging & Kentang


As salam....
Selamat pagi semua
Hari ni nak share satu resipi mudah...
dah lama buat...kikiki
tapi resipi asal ialah pai epal...
disebabkan takdak buah epal kat rumah, aku ubah laa jadik pai daging n kentang
kat atas ni masa kat dlm oven

Bahan-Bahan:
utk pastri
250g tepung gandum
100g gula halus(sy kurangkan sikit)
125g marjerin
1biji kuning telor

Bahan-bahan inti:
buat inti macam inti karipap
2biji kentang dipotong dadu
4keping daging burger, di masak dlm microwave dan ditumbuk(mcm sy buat begedil)
1sudu lada kering yg dah di blend dgn bawang merah dan putih
sedikit serbuk kari
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-Cara Membuatnya:
1.Marjerin dan gula dipukul hingga gebu
2. Masukkan kuning telor dan tuangkan tepung
3. Gaul rata sehingga menjadi doh
4.Rehatkan doh lebih kurang 30min atau lebih sebelum kita canaikan dia.
5. Untuk inti, tumis lada blend , kemudian masukkan serbuk kari.
6. Masukkan kentang dan daging serta sedikit air, tunggu sampai kentang empuk.
7. Canai doh ke dalam acuan yg sesuai,jgn tebal2 sgt.
8. Kemudian masukkan inti ke atas doh tadi, jangan penuh2 sgt...agak2 je ye.
9. Lebihan doh tadi boleh laa di gentel memanjang utk buat anyaman di bahagian atas pai.
10. Ni aku main anyammmmm jekkk yek..takde teknik2...ikut suke hati aku jekkk....kikiki
11. sapukan kuning telo di atas pai, dan bakar pada suhu 160 darjah selama 20min.

ok...ni ngupe dah siap...
seperti yang aku ckp tadi, resipi asal ialah pai epal...
so, pai ni kulit dia manissss....
lain kali kl nk buat lagik, aku cari laa pai daging atau ayam yg betul...

ahahahaha...
sekian....

1 ulasan:

Dr Singa berkata...

wuut wuut....
mana pergi lama tak nampak...

:)

ni blog baru saya tau..
yang lama tu dah masuk kandang rimau!!