Selasa, 1 April 2014

Surat Terbuka Untuk David Teoh

Kepada,
Mr David Teoh,
 
Saya ingin mencadangkan pihak tuan agar membuat satu rancngan tentang percutian keluarga. Ini kerana jika di lihat di TV banyak rancangan yang berkisar percutian adalah untuk backpackers (alah, yang org g bercuti solo tu just bawak bag sandang belakang jek, kalau bawak family dgn 3org anak mmg tak boleh laa...melainkan bag korang beso gedabak...kikiki), untuk pasangan suami isteri tetapi untuk percutian keluarga masih belom ade lagi. (kannnn?betul tak?)
 
Mr David Teoh,
 
Pada saya, aktiviti bercuti bersama keluarga merupakan salah satu cara bagaimana kita nak merapatkan lagi silaturahim dan beriadah bersama sama keluarga.Ini merupakan masa-masa berharga kepada ibu bapa untuk menghabiskan masa berkualiti mereka bersama anak-anak. Percutian keluarga sebenarnya tidak hanya terhad pada musim cuti sekolah,di luar negara , di tempat tempat mewah atau eksklusif. (Legoland tu pun mahal jugak bagi aku ni laa...mmg tak sesuwai untuk yg ada anak ramai), tetapi boleh juga dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad (atau Jumaat bagi yang bercuti pada hari Jumaat). Apa yang penting, masa yang digunakan untuk bersama sama dengan keluarga.
 
Mr David Teoh,
 
Pendedahan untuk pergi ke tempat-tempat percutian bajet bersama keluarga perlu kerana ianya mungkin dapat membantu golongan ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka pergi bercuti. Untuk bercuti bersama keluarga, banyak perkara perlu dititik beratkan selain dari kos. Umpamanya, tempat menginap sekiranya perlu menginap, bilik yang ditempah bukanlah untuk 2orang (Superior atau Deluxe) sebaliknya perlu bilik yang boleh memuatkan anak-anak juga. Apabila menempah hotel, selalunya perlu ada kolam renang agar anak-anak dapat bersantai di waktu petang. Selain itu, sudah semestinyalah tempat makan ketika bercuti. Dengan bajet yang ada, tempat makan untuk keluarga juga menjadi keutamaan.
 
Mr David Teoh,
 
Ramai orang beranggapan sekiranya anak-anak masih kecil, aktiviti percutian bersama keluarga perlu dihadkan kerana susah untuk membawa mereka yang masih kecil. Tapi itulah hakikatnya. Jika anak-anak telah dewasa, ada diantara mereka yang sudah tidak mahu mengikut keluarga berjalan atau bercuti. Ketika anak-anak masih kecillah kita perlu ada hubungan yang baik dan memang lumrah kanak-kanak yang sukakan keseronokkan. (Mak bapak pun kadang-kadang tumpang sekakik...kikiki).
 
Mr David Teoh,
 
Selain itu, perkongsian seperti perkara yang berlaku sepanjang percutian juga boleh didedahkan. contohnya, anak-anak yang merajuk, mengamuk, keterujaan mereka, dan segala perilaku mereka yang sudah pasti lebih kurang juga dengan anak-anak orang lain.(Bawak anak-anak kecik kalau makan kat luar selalunya mesti ada air tumpah..itu biasa....ngeh ngeh ngeh), Jadi, sebagai ibubapa, perlu tau bagaimana untuk menangani masalah tersebut.
 
Mr David Teoh,
 
Itu sahaja cadangan saya.Jika pihak tuan ingin menjalankan rakaman atau penggambaran tentang rancangan ini, kami sekeluarga berbesar hati untuk menyertainya.
 
Sekian, terima kasih.
 
 
p/s hadoyaiiiii kenapa aku buat entry nihhh...ahahahahahah...well....lepas solat subuh tadi tiba-tiba teringat lak mr david teoh...tu yang gigih taip pepanjang nihhhh....
 
 
 
ni gambar kami masa pegi Terengganu...cuba tgok yang kene dokong tu...alahaiiiiii.....hihihi
 

11 ulasan:

JunAina berkata...

Lepas ni mesti David Teoh jemput Yan jadi dalam rancangan terbarunya nanti...Cuti-cuti keluarga.

Sharifah Nadzarah berkata...

YELAH YAN..BAJET TUK FAMILY BESAR MMG MEMENINGKAN..TU YG ASYIK BERTANGGUH JEK NAK BERCUTI...MAKLUMLAH SEMUA DAH MAHAL SKRG NI... LAGILAH KALAU KELUARGA BESAR TAPI INCOME KECIK...CAMNE TU..

Tanpa Nama berkata...

Wah panjang surat! Harap David Teoh baca

Tanpa Nama berkata...

Wah panjang surat! Harap David Teoh baca

Daddy Ziyyad berkata...

itu punya lancangan aaaaa..tatak manyak untung maaaaaaaaaaaaaaaa....

olang melayu suka tgk filem layu layu...cintan cintan....


hahahaha

Alin Marlini berkata...

hehehehe...kelakarkah yan ni tapi cadangan yg bagus

Tanpa Nama berkata...

knp david teo madam?

Kakcik Nur berkata...

Mudah2an Mejar David Teoh membaca surat ini.

miloais milo berkata...

Yan.... uols patut emel terus aje ke Daivid Teo :D

zino berkata...

Nanti boleh la jadi pelakon David Teo dlm film cuti cuti keluarga tu

azlee berkata...

Davod teoh membalas: buah kelanji atas pelahu, insyallah dh siap I kasi tau U. Hahahaha bestlh entry ni. Saya suka! Saya suka!