Khamis, 5 Jun 2014

Roti Lapis Daging Berkeju


Assalammualaikum dan selamat pagi
lama tak bersiaran...
just nak share satu resipi mudah yg boleh di buat sarapan, makan tghr atau makan malam...ahahahaha
nak mkn bila2 pun boleh...


Bahan-Bahan Untuk Inti:

3 keping daging burger , masuk dlm microwave sekejap, pastu tumbuk, boleh juga gune daging kisar
2 sudu besar kacang peas (ni sy letak terlebih byk, jadi anak2 tak suke sgt)
carrot secukupnya
1 labu bawang besar potong dadu
1 biji lada merah di potong halus
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
garam secukup rasa

Cara-Cara Membuatnya:

Tumis bawang2, bawang besar dan lada merah.
Kemudian masukkan daging yang telah ditumbuk.
Last sekali masukkan kacang peas.
Kacau sebati, sehingga masak
p/S kalau nak pedas, boleh tumis sekali dengan lada kering yg dah di blend


ni laa rupe inti untuk roti lapis daging tu ye



untuk roti, celopkan roti dengan telor macam ni
yang ni lapisan pertama.terus buat dalam caserole tahan api utk masuk dalam oven ye
caserole saya kecik aje nih

 lepas tu letak inti daging tadi, letak sosej ke, crabstick ke, udang ke...ikut suke laa ye.... pastu letak keju cheddar macam ni...

 ulang lagi dengan lapisan yang seterusnya...
lapisan akhir saya letak mozarella dan cheddar
ni rupe sebelom di bakar ye
ni dah siap bakar
yg ni dah berjaya dipotong
ni yg nak di ngapppp...hihihi

senang aje kan....
selamat mencuba ye...xoxo