ni la soto aku...begedil tak sempat nak amik gambo sbb sgt laris yer...heheheh
Isnin, 31 Januari 2011
Kesian Mak & Abah aku
Jumaat, 28 Januari 2011
TEMPAHAN:Marble Chocolate Cheese Cake
korang tgok je la yer....
aku saje je amik gambo dr pelbagai sudut guna fon aku yg tak berapa nak canggih ni hah...
mujur tak nampak keselerakkan dapur aku...hahahaha!!!
nyum nyum nyum....rugi korang tak cuba taw....heheheheh
eh, tak nak tanya ke satu tu berapa hinggit????
korang rase berapa?????
wah...boleh buat GA teka harga kek ni.....
hahahahahahha
Khamis, 27 Januari 2011
Cheese Tart
Strawberry Cheese Tart
Kiwi Cheese Tart
mintak maap le nguper gambo nih yer...nak amik cepat2 guna fon ler katakan sbb nak terkejor kejor g kijer...lorekan bg kiwi dgn stoberi tu tak tau la knp jadik sgt tak santek....huhuhuhu
Selasa, 25 Januari 2011
Baked Spiral Vegeroni
BAHAN-BAHAN
200g Spiral vegeroni (saya guna 1/2 plastik)
3keping daging burger
4 batang sosej ayam/daging
1 cawan leek/daun bawang
1 tin kecil puree tomato
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang
air secukupnya
mozarella secukupnya
CARA-CARA
1. Rebus spiral vegeroni sehingga masak. Tos. dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar yg telah didadu, dan juga bawang putih.
3. Masukkan puree tomato, kiub ayam.
4. Masukkan air (ni ikut suka nak letak berapa byk asalkan tak berair sangat)
5. Masukkan cendawan butang yg telah di potong (ikut suka nak potong mcmne pun)
6. Masukkan daging burger. kemudian akhir sekali leek /daun bawang.
7. Biarkan seketika sehingga semua bahan mesra gituuu...
8. Masukkan satu lapisan spiral vegeroni dalam bekas pembakar, kemudian letakkan kuah daging tadi satu lapisan, kemudian letakkan sosej yg telah dipotong menyerong satu lapisan dan mozarella secukupnya.
9. Kemudian buat lagi satu lapisan yg sama, ala2 buat lasagna gitu.
10. Kemudian, bakar la yer...180 darjah selama 15-20min...agak2 mozarella tu dah melting dan kuning sikit.
Kek Coklat Kukus
BAHAN-BAHAN
Bahan A
1 cawan margerin
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Bahan B
3 biji telur
Bahan C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh sodium bikarbonat
CARA-CARA
1. Masak bahan A di dalam periuk sehingga gula cair. Serbuk koko masukkan last sekali dan pastikan ia tidak berketul ketul.Kacau sehingga sebati.Kemudian letak tepi
2. Pukul bahan B sebentar.
3. Bahan C di ayak kemudian masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masukkan juga bahan B yg telah di pukul tadi.
5. Kacau menggunakan kaedah kaup balik.
6. Kacau sehingga tepung tidak berketul ketul
7. Masukkan dalam loyang yang telah dilenserkan.
8. Tutup loyang dgn aluminium foil.
9. Pastikan pengukus dah panas baru masukkan kek.
10. Kukus sehingga 1 jam.
Bahan Hiasan
Coklat - coklat masakan + susu cair + marjerin (ni saya buat agak2 jer)
Almond flake bakar
Isnin, 24 Januari 2011
Adik Lelaki datang ke rumah...
muffin cokelat yg ditaburkan dgn almond flake
vegeroni spiral yg belom di bakar
baked spiral vegeroni
ni versi yg tak dibakar (alasan...padahal dah tak sabo nak makan...hehehehh)
mabelesssss
ni la adik lelaki aku....heheheheh
ni lepas tamat latihan...muka hitam legam kalahkan aku....hahahhaha
ni gambo masa tgh ngandungkan muiz....tee heeee...
Khamis, 20 Januari 2011
Post yg ke 100
Rabu, 19 Januari 2011
Sara Thai Tom Yam
siakap sweet sour
udang goreng tepung
tom yam yg pedas
disebabkan malam semalam byk lauk yg tak habis jadik malam tu amik lauk sikit je laaa...mujur abis kooo....
New Horizon Garden Restaurant lagi...
ni aksi nak jeleskan ummi la tuh
adik tido masa sampai tapi bila makanan sampai je dia terus bangun...macam boleh makan jek...
ayam BBQ
Nasi Ayam lagi...
muaz request nak ayamas goreng....dia tak nak ayam itam aku nih
walaupun makan kat umah...presentation mmg penting...hahahahha
sup ayam + kentang
ayam yg di perap dgn kicap dan sos tiram ini mmg sgt enak di makan berulang ulang kali
sekian....heheheh
Sempena...
kek coklat kukus dambaan hati
menu yg simple untuk makan malam
untuk mak, yati dan hubby
azian punya yg tak sempat nak di pattayakan
bak kata yati...presentation tu penting....
muffin...bekalkan mak, yati n muaz balik johor
cheesecake yg tak berapa nak menjadik...huhuhu!!!
saje nak letak gambo ni...muiz harith....
k...itu je...sambung len kalik...
Rabu, 12 Januari 2011
Alhamdulilah...muaz dah selamat ....
muaz demam before operate...muiz???awak kenapa ni???
pakai baju dgn abah
muaz mmg sentiasa nak dengan abah je...ni main naik turunkan katil...
muaz ckp kat "hotel" ni bagus sbb ade sediakn mainan mcm ni...layankan je laaaa
ni masa nak masuk OT...tgok la muka dia...sayu hati aku ni....
alhamdulilah...semuanya berjalan dgn lancar
pada mereka yg tinggalkan komen, sy akan jengah blog kawan2 nanti bila ade masa yer
terima kasih byk2 dr kami sekeluarga
hanya ALLAH yg dapat membalas jasa kalian...
amin.....
Isnin, 10 Januari 2011
Doakan Muaz....
APA ITU ADENOID?
aku ade buat sikit la research (poyo giller) pasal adenoid nih...aku nak tau la jugak sejauh mana kemerbahayaannya...ye laaa, sejak dua menjak tiga menjak ni (dey!!! yenna...) muaz kan nak kene operate jadiknya aku sikit ade risau laaa...ok, sebenarnya adenoid itu ialah kelenjar-kelenjar yang terletak di dalam kepala dan berdekatan dengan bahagian dalam rongga-rongga hidung. jadiknya bila aku tgok gambo di bawah, aku pun terfikir mcm ne nak buang adenoid tu....
dlm situasi muaz, adenoid tu seakan membengkak...ditambah pula saluran pernafasannya sempit.jadik doc nak besarkan sikit saluran pernafasannya...jgn tanya aku mcmne ok...aku mmg tak tau...tapi itu doc tau laaa...
korang boleh rujuk sini untuk mengetahui lebih byk tentang adenoid