Jumaat, 6 Mei 2011

Tempahan:Marble Chocolate Cheesecake


ok...dah lama dah tak buat kek....dan sebenarnya maisarah ni pun dah lama nak mkn kek ni...sbb busy dan balik kg...so, pg tadi baru dapat buat utk dia...ni kali ke dua dia order dr aku...layan....












Resipi



Bahan A



180g marjerin



120g tepung halus (sy guna tepung gandum jek)



3biji telur



20g serbuk koko



160g gula halus



1 sudu teh serbuk penaik





Bahan B



250g cream cheese



60g gula halus



1 biji telur



1 sudu esen vanilla





Cara-Cara:



1. Pukul marjerin dgn gula sehingga putih.



2. Masukkan telur satu persatu.



3. Perlahankan speed, kemudian masukkan tepung, serbuk coklat dan serbuk penaik sedikit demi sedikit.



4. Asingkan ke tepi.



5. Untuk bahan B, masukkan cream cheese, gula, telur dan esen vanilla dalam bekas lain dan dipukul sehingga sebati...



6. Sediakan loyang, dan di lenserkan dgn marjerin.



7. Masukkan sebahagian bahan A ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sebahagian.



8. Masukkan kesemua bahan B dan ratakan dalam loyang.



9. Masukkan lebih bahan A tadi dan ratakan.



10. Bakar pada suhu 190 darjah celsius...(ikut oven masing2) selama 45min



11. Untuk topping....coklat masakan, marjerin dan susu cair masak guna kaedah double boiler...yg ni saya main agak2 je...(wahhhh...mcm la dah expert sgt...heheheh)



12. Curahkan ke atas kek yg dah siap di bakar, dan taburkan dgn almond flake.





selamat mencuba!!!!





p/s sape2 yg dengar ikim.fm pagi td kl tak nagis, tak tau laaa aku....antara kul 9-10 pagi...sempena hari ibu....huhuhu





Tiada ulasan: