Khamis, 6 Jun 2013

Pear Almond Cake

 Just nak share kat sini satu resipi kek yg mudah dan sedap
u know laa...acik ni mmg suke resipi2 yg mudah2 kannn
kl payah tu, mmg tak jadikkk laaa....hihihi
dah 2x buat kek ni...ingat nak buat lg laa ptg ni.sbb pear pun ade kat rumah tu

Masa tgh tgok AFC cerita River Cottage , Hugh Whittingstall  ade buat kek ni.tapi ye laa...dok tgokkk jek, nak nyalin mmg tak dan laa kann....hihihi...jumpa lakk  resipi ni kat blog  kak Muna yang comel..

Layan laa bahan2nya ye...

Bahan-bahan

 175g unsalted butter(yan gune butter biasa aje)
125g gula castor (yan gune gula pasir) + 1sudu besar gula utk karamel
3 biji pear, buang kulit dan potong 4
2 biji telor
75g serbuk badam
75g tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik 

Cara-Cara membuatnya

Panaskan pan, dan masukkan 25g butter (sy guna kuali non stick tu, mudah sikit)
Kemudian, masukkan  1sudu gula, dalam 10min gitu sampai jadi karamel, da siap, ketepikan.
Ambil baki butter, masukkan dalam mixer.Masukkan gula dan putar sampai gebu.
Masukkan telor.
Kemudian masukkan serbuk badam, tepung dan serbuk penaik.
Dah sebati, tuangkan dalam spring form 9inci.
Saya susun dulu buah pear yg dah disalut dgn karamel tadi di dalam spring form, sebelum tuangkan bahan kek. Tapi kak Muna letak kat bahagian atas kek. 
saya tabur almond flake kat bahagian atas kek
Bakar pada suhu 170 darjah selama 45min



Selamat mencuba....

4 ulasan:

Lydia Miza berkata...

Yan, atas tu badan eh?

JunAina berkata...

Kat rumah kalau buat makan yg guna kekacang ni bermakna kena buat dua. Satu ada kekacang satu plain kalau dak anak bersorak riang bapak buat2 muka sedih...

Kakcik Seroja berkata...

Mak nak yang dah siap dimasak, boleh?

Acik Erna berkata...

assalam yan kek jenis yang lembab tu ye..tengok macam senang nak buat..teringin jugak acik nak cuba buat