~~~~Entry ini sgt panjang.Sila jgn bosan~~~~
Just nak share tentang my hubby…mungkin ade yg tertanya tanya tentang hubby saya…ye, hubby sy sumbing ketika dilahirkan…sbb tu dia cakap sengau…disbbkan kesusahan family beliau , dia tak di operasi sejak dr kecil…hubby cakap dulu dia minum susu pun pakai sudu…sedihkan…(sila jgn berlinang air mata)
bila cerita zaman kanak2, mesti semua org xcited dan seronok sbb masa zaman kecik2 laaa yg paling best…tapi hubby cakap, dia paling tak suka zaman kanak2 sbb selalu kawan2 ejek2 dia…dan mungkin sbb tu la dia tak de kawan masa zaman kanak2…sebaliknya dia akan duduk umah tolong arwah mak dia kopek ikan bilis…..kat sekolah, kelas mengaji pun sama…kdg2 dia cakap mcm malas nak g sekolah sbb kawan2 ejek…sbb tu dia tak nak ingat zaman2 kanak2 yg sgt tak best itu…
so, masa zaman sekolah menengah, dia ni bukannya rajin sgt belajar tapi result SPM ok dan layak masuk uitm amik diploma pengurusan ladang…ketika aku sekelas dgn dia, dia antara siswa yg baik hati (start dah feeelinggggg….)aku mmg tak baik sgt dgn budak lelaki…baik gitu2 jek…kami selalu gossipkan dia dgn
datin sally…heheh…walaupun suka2 jek gossipkan mereka tapi kawan2 kami ni tak pernah amik hati…..sally ke, hubby aku ke, diorang ok jek…
masa tu hubby baik dgn kawan aku,nama nya tet (aku malas nak sebut sbb byk kisah silam dgn dia…wa malas nak ingat lagik!!!)katakanlah ani…so, hubby aku baik dgn ani…tiap2 sem mmg kami akan ada praktikal…so, bila naik sem jek, hubby aku akan bg souvenir pada ani…masalahnya, bukan ani ni sorang jek yg dapat…aku pun dapat sekalik…heheheh…sila jgn jeles…so, start dr situ setiap kali praktikal kami akan tukar2 souvenir…sampai la sem 4…hubby cakap dia baik dgn ani sbb nak kenal aku lebih rapat...alasan jek kan...masa sem 4 kami ade buat ladang kongsi, ntah mcmne ntah my hubby ni leh plak satu kumpulan dgn aku….(mesti dia suka sgt sbb dapat satu kumpulan dgn aku…hahahahah…)
so, pada satu ptg yg damai di ladang kongsi kami…dia ade buat sesi luahan rasa…dia cakap, dia nak hubungan yg lebih dr seorang kawan dgn aku…waaa….aku mmg la sgt terkejut tahap cipan mehh…aku tak cakap apa2 pun….then, aku cuba jauhkan diri aku dr dia sbb aku mmg tak de hati kat dia masa tu….lama jugak laaa kami tak borak, tak tegur pun…kl kat kelas mesti cepat2 nak balik dan nak elakkan dr dia...(kijam betul!!!)
then satu hari dia jumpa aku…dia cakap…anggap je dia tak pernah cakap apa2 pada aku…sbb dia rasa sgt kehilangan seorang kawan…dia kata dia tak pernah ade kawan perempuan sebaik aku….(huhuhu…sila jgn berlinang air mata lagik…)so, aku amik keputusan untuk kenal antara satu sama lain…bermula la episode baru dlm persahabatan kami…sem 5, kami dah start couple…dia sgt mendamaikan jiwa…sgt memahami…selalu buat aku rasa terharu…even, sehingga ke hari ini…
selama aku couple dgn dia, ramai kawan2 yg cakap aku hanya nak main2kan hubby aje...jahat betul la manusia itu...mencik aku!!!ade jugak yg cakap aku ni bukan serius pun dgn hubby aku...hello....boleh nampak ke keihklasan hati aku nih...???
perhubungan kami mmg byk dugaan....arghhhh...malas la aku nak citer lagik...episod akan dtg la eh...heheheh
p/s sebenornya kamera aku tertinggal kat umah...aku tak leh la nak upload gambo...huhuhu aku dah lama nak share cerita pasal suami aku...