Jumaat, 12 Julai 2013

Dugaan demi dugaan...

 Entry ni sepatutnya autopost before gambo Qaseh tapi tak tau laa ngapain enggak keluar...hihi -edited-

As salam semua...
masih lagi cerita tentang dugaan yg saya hadapi...memang sedih dan hiba...namun dugaan Allah itu pasti akan kita hadapinya...setiap orang ade masalah mereka...begitu juga kami sekeluarga...

Adik perempuan saya, Nor Hayati Iskandar telah selamat melahirkan anak sulong pada 21hb Jun yg lalu...setelah 3tahun menanti cahaya mata, inilah yg kami semua nanti2kan dan paling gembira ialah mak dan abah saya dapat cucu perempuan pertama...Alhamdulilah...

Namun begitu pada 22hb sepatutnya adik saya dan baby boleh discharge, tetapi dokter terpaksa menahan beliau. Ini kerana jahitan pada lukanya tak betul dan perlu di bukak dan di jahit semula. Astagfirullahalazim....saya yang mendengar rasa luluh hati, my hubby pun da macam nak nangis sbb dia tau keadaan saya semasa melahirkan anak pertama, Muaz.

Adik saya kata, sakitnya tidak tertahan.Sampai saya telefon pun dia tak mampu nak bercakap. Siap ade kain kasa lagi ditinggalkan di bahagian yg dijahit tu agar darah tak byk keluar agaknya. (saya tak mahir sgt bab2 ni)

Adik saya ade bertanya pada dokter pakar yg merawat beliau. Komplikasi akan datang utk lahirkan anak kedua etc dan saya ade bgtau dia saman aje staff nurse yg jahit lukanya. Orang bersalin normal, mmg selalunya anak pertama akan digunting kan. Jadi, staff nurse tersebut telah TERGUNTING saluran dubur adik saya. Dokter bgtau adik saya 1cm tergunting tapi dengan suami adik saya, dia ckp 2cm...mana satu yg betul pun tak tau laaa....tapi bila ckp nak saman, dokter terus tanya adik saya,

"u kerja apa?"

Dengan nada yg angkuh....(kl laa dgn aku, selamat laa dokter tu yek... )  kepada yg kenal adik saya, dia ni seorang yg lemah lembut...berbanding dgn kakak dia ni hah...dia jenis yg redha jekkk (bukan laa bermakna aku ni tidak redha ye....)

Setelah pulang ke rumah pada 24hb, rawatan nurse ke rumah dan check di Klinik Kesihatan Layang-Layang pula diteruskan. Namun begitu pada 28hb adik saya dimasukkan semula ke Hospital Kluang.Ini kerana perutnya makin membesar dan mengeras. Apabila di scan, kandungan air kencingnya penuh, tapi dia kencing kerap. Wallahualam....

Saya juga telah menelefon Dr Daddy Double Z yg sgt berpengaruh lagi ternama dan glamour gitu...(habesss laaa.....hihihi) utk keterangan lanjut. Diharapkan semuanya akan OK. namun begitu, adik saya perlu dirujuk di Hospital Sultanah Aminah/ Hospital Sultan Ismail di JB.

Pada tarikh temujanji di JB, adik saya tak pergi.Sebab dia dah ke klinik utk buat rawatan susulan dan dah buat ultrasound.Semuanya OK, alhamdulilah.

Sekian, terima kasih kerana membaca....

SELAMAT BERPUASA KEPADA RAKAN-RAKAN
MASA BERBUKA JANGAN LUPAKAN AZIAN
BULAN INI GANDAKAN AMALAN
SEMOGA KITA MENDAPAT GANJARAN

perghhhh pantun acikkkkk.....  hihihi


4 ulasan:

Asyifa Mustaffa berkata...

ngilunya rasa....huk3....
harap ok ler mak babynya....

Sharifah Nadzarah berkata...

Alahai..ngeri plak dengar yan..dah le kite ni x brape bulan lagi...harap2 adik yan segera sembuh ye..semua yg dah melahirkan pasti dpt merasakan apa yg adik yan alami (walaupun xde apa2 mslh)...

SELAMAT BERPUASA UTK YAN SEFAMILY JUGAK...

BUNDA a.k.a KN berkata...

salam ukhuwah dan salam ramadhan dari bunda...

Lydia Miza berkata...

Sedihnya dgr cerita ni.. Sian adik yan. Moga cpt sembuh.

Err akak 4-4 kali bersalin semua gunting. Hehe. Sila percaya. Merayu mcm mana pun mmg doktor kata perlu gunting klu x mmg baby x lepas kluar dik . Bkn doktor ug sama. So rela je la kalau nak bersalin lagi 6 orang pasni pun