Jumaat, 12 Julai 2013

Kek Coklat Snow Berkeju

Ini bukanlah dugaan bulan puasa...hihi
dah lama buat kek ni.baru hari acik dapat share di sini
haishhh...ni pun baru balik dari ladang
semua sedia maklum, hari Jumaat saya akan masuk ladang
alah...yg tgok students saya tanam2 pokok tu....

ok, jom layan resipi

Bahan Kek
(resipi Kek Coklat Dambaan Hati)

Bahan A
1 cawan marjerin
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat

Bahan C
3biji telur di pukul (jangan pukul dgn rotan plakkk, gune whisk ek)

Bahan Topping

250g  cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan gula (ikut laa nak manis mcmne ek)
keju cheddar secukupnya yg telah diparut

Cara-Cara

Untuk membuat kek
1. Masak bahan A di dalam periuk sehingga gula larut dan serbuk koko tidak bergentel
2. Angkat periuk kemudian masukkan bahan B dan bahan C, kacau dgn kaedah kaupbalik dan kukus sehingga 1jam.
3. Selepas 1 jam, rehatkan kek utk seketika.

 Untuk topping
1. Putar cream cheese dan whipping cream dgn gula sehingga sebati dan gebu.
2. Bahagiakan kek kepada 2 lapisan dan salut kek dgn bahan topping.
3. tabur keju cheddar yang telah di parut di semua permukaan kek yang telah di sapu dgn bahan cream cheese tadi..

Mudah jekkk nih...kalau susah ai pun tak buat hocccayyyyy


hihihi...xoxo

5 ulasan:

atuk berkata...

Salam Ramadhan Azian

ingatkan bawa kek ke ladang...he he

Kakzakie berkata...

Lain kali bawa kek ini ke rumah kakak jgn lupa.

Muaz puasa tak?

Lydia Miza berkata...

Nak!!! Ooo pki cheddar eh. Terliur nih

JunAina berkata...

Semalam buat kek coklat utk anak tiba2 rasa nak buat toppinglah pulak walaupun kek dah tinggal separuh.

azieazah berkata...

Senang? Betoi ke senang? Kalu senang kenapa akak ko ni tak terbuat gak?
ops! lupa, akak takda oven. hehehehe