Rabu, 22 Disember 2010

Puff Ala Sheperd Pie Azian

malam tadi kan, teringat kat sesuatu yg aku nak buat taw...

isk, tak leh jadik nih...walaupun dah kul 10.30 mlm, aku gagahkan jugak diri ni kuarkan kulit puff, daging burger n mozarella...

Ni resipi aku yg bg nama...ngeeeh ngeeeh..jgn jeles ek...

Aku tgok kat majalah rasa resipi ni tapi tanpa puff

teringin nak buat, then masa tgok jamie oliver kat afc, dia ade buat tapi letak dgn spring roll tu...

di sbbkan aku takde bende tu, yg ade cuma kulit puff je, maka...inilah yg terhasil...


taraaaaaaa.....



ni aku nak makan....tak kisah la walaupun dah dekat kul 12 mlm...Ni cik mat gebu tak leh buat ni sbb dia punya kulit puff dah abis dia buat makan dgn ais krim...heheheh!!

Bahan-bahannya...

Kulit puff

(Inti)
Daging burger 3 keping*
lada kering + bawang kecil + bawang putih = blend (ni aku agak2 je laaa)
1 sudu teh oregano
lobak merah*
bawang besar*
daun bawang *
(* potong dadu @ kecil2)
2 sudu sos tiram
1 cawan air
minyak nak tumis

(topping)
5 biji kentang saiz sederhana
sedikit lada sulah
20ml susu cair
20g majerin
garam secukup rasa

keju mozarella
kuning telor




Cara- cara membuatnya...

1. Panaskan minyak.Masukkan bahan yg dah di blend, nak pedas letak lebih sikit.
2. kemudian bila dah naik bau,(bukan bau hangit ok!!!) masuk daging burger, lobak merah dgn bawang.
3. Masukkan bahan2 yg lain seperti sos tiram, oregano dan air, biarkan sampai jadik pekat.
4. bila dah masak, ketepikan...
5. Ambil kulit puff, letak dlm bekas pembakar muffin. kemudian, sudukan inti kedalam puff tersebut.



6. Rebus kentang sehingga empuk, kemudian lenyekkan.


7. Masukkan lada sulah, garam, susu cair dan majerin, kemudian gaul rata.


8. Masukkan dlm piping beg dan paipkan ke dalam kulit puff yg telah di isi inti tadi


9. Tabur keju mozarella.sapukan kuning telor pada kulit puff.Bakar pada 180 darjah selama 25 min.










6 ulasan:

Ellen berkata...

Sedapnya...terliur ellen..hehe..thanks for sharing this resepi...nak try ni..

IbuAmirAmirah ;P berkata...

tak bawak untuk kengkawan kat opis ke...huhuhuuhuh

azian berkata...

ellen...
cuba, jgn tak cuba...

dib...
dah abis dah pg tadi...huhuhu

sekamar rindu berkata...

salam..


sedap nyaa.....

** puan saya follow blog puan..

*28**

Cik Tom berkata...

nampak sedap!!nak jugak...

Citarasa Rinduan berkata...

yan..

nakkkkkk
ko balik raya aji tak???