Jumaat, 21 Mei 2010

Ikan Pari Bakar & Pucuk Paku Masak Lemak

Semalam aku masak ikan pari bakar...ni feveret hubby aku ...dulu penah gak buat tapi guna perencah yg ready made tu tapi hubby cakap tak sedap...dia nak yg aku buat sendirik jugak...
terharunya....huhuhuhu...pastu dia suka cicah dgn sambal kicap...selalunya ikan bakar cicah dgn kuah asam, tapi dah dia suka mcm gitu...ikutkan je laaa....






makan dgn pucuk paku masak lemak...mcm dah lama je tak makan lauk ni...

Perencah Ikan Bakar (aku buat untuk ikan pari je, ikan lain tak penah lagi...)

Bahan-bahannya :

1 ekor ikan pari...yg sedang-sedang saja
lada kering 5 tangkai *
bawang besar 1 biji *
bawang merah 3 biji *
bawang putih 2 ulas *
serai 3 batang *
soso tiram 2 sudu
garam dan gula secukup rasa
(* di blender)
minyak masak untuk tumis

Cara-cara membuatnya:

Blender bahan-bahan yg * , pastu tumis sampai jadi pekat
masukkan sos tiram, gula dan garam...
bila dah pekat, lumur pada ikan...
bakar sampai ikan masak


Kalau nak pedas sikit, tambah beberapa biji cili api...


untuk pucuk paku masak lemak...
saya masak mcm masak lemak biasa je...

Bahan-bahan:

ikan bilis (dlm 10 ekor) *
bawang merah 2 biji *
bawang putih 1 ulas *
serai 1 batang *
(* tumbuk)


garam secukup rasa

ade org suka tumis, tapi saya tak tumis, terpulang...

Cara-cara membuatnya :

Masak air dlm 250 ml
Masukkan bahan-bahan yg dah di tumbuk
masukkan pucuk paku
Bila dah mendidih, masukkan santan...(ni saya main agak2 je)
Masukkan serbuk kunyit...(kalau nak tumbuk kunyit hidup sekali dgn bahan * pun boleh)
kacau sampai masak...siap...

2 ulasan:

Kasih Suci - Mama Damia berkata...

Salam perkenalan (",)

azian berkata...

kasih suci...
terima kasih singgah...