Rabu, 16 Jun 2010

Blueberry Cheese Cake


Blueberry Cheese Cake Azian


ni rupa bila dah potong..apsal nampak 3 je blueberry dia???


Saya sgt teruja untuk membuat kek ini...
tetapi malangnya....
tak jadik....
huhuhuhu
takpe2..len kali sy buat lagik....
resipi dr cik mat gebu...


saya buat 1/2 dr bahan2 di bawah...




BAHAN-BAHANNYA :-)


500 g cream cheese
50 g gula halus
200 g "whipping cream"
5 kuning telur
120 g tepung gandum
1 camca teh esen vanilla
5 putih telur
100 g gula halus
Secubit cream of tartar (boleh ganti dengan 1 camca teh lemon jus) ni sy tak letak
1/2 cawan "blueberry segar"

BAHAN HIASAN :-)
200 g blueberry filling (pilih yang ada biji2 blueberry dalam dia)
40 ml air panas
1 camca teh gelatin "halal"



CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan oven pada suhu 150C, lenser tin spring form berukuran 9 inci dengan mentega, balut keliling bahagian bawah luar tin dengan aluminium foil .Ketepikan. (sy tak buat mcm ni sbb sy takde spring form, pakai loyang biasa aje...hukhukhuk)

  2. Putar cream cheese bersama gula hingga lembut. Masukkan whipping cream dan putar lagi hingga adunan licin dan tidak berbintil2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Perlahankan speed, masukkan tepung gandum dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.


  3. Dalam mangkuk yang bersih dan kering. Pukul putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus (100g) dan cream of tartar atau jus lemon, terus memutar hingga adunan kental, tetapi tidak kejung (yg ni sy buat tapi tak jadik....huhuhuhu)


  4. Gaul putih telur tadi ke dalam adunan cheese dengan kaedah kaup balik, hingga rata. Masukkan blueberry segar, gaul, tuang dalam tin dan bakar dengan kaedah "water bath" selama 90 minit. Biar kek sejuk dalam oven dengan cara merenggangkan pintu oven.


  5. Simpan kek dalam peti sejuk 4-5 jam sebelum dikeluarkan dari tin. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek dan selebihnya gunakan kreativiti anda. Simpan dalam peti sejuk.

  6. UNTUK HIASAN :- Satukan gelatin dengan air panas, kacau rata hingga gelatin larut, satukan dengan blueberry filling, kacau rata dan boleh digunakan untuk menghias atas kek keju tadi..

2 ulasan:

Siti Ruhayu Ab Rahman berkata...

azian..

menjadilah tu....cantik jer sis tengok..

kena make over dan bubuh make up lebih2...sure meletop....

goyang lah si CMG....kikikiki

azian berkata...

kak ayu...
tak jadik laaa
sbb masa putar putih telo & gula dia tak kembang...
tak pe2...len kali cuba lagik...