Rabu, 9 Februari 2011

Ikan Bawal Sweet Sour



ok, ni masa abg ipar dgn family dia dan jugak adik ipar dia (faham tak???) dtg umah aku masa CNY, aku mmg suka la kan bila ade org dtg umah aku...masak tu boleh le beria sikit...


mula2 takut jugak nak masak bawal ni...sbb kecik...takut tak cukup plak....so, tanya my biras, dia ckp cukup...budak2 tak makan byk mana...ya ampunnn...budak2 tu ade 6 org termasuk muaz...kl suh main tak nak benti...benti bila aku bg eskerim jer...bertuah betul...

resipi???alamak...ni yg lemah nih...malasnya nak tulis resipi...pastukan...resipi main agak2 jer...heheheh...



Bahan-Bahan:
1 ekor ikan bawal di goreng (ikan apa2 pun boleh...jgn ikan berlaga dah la yer)
lada kering 5 tangkai (potong2, sy rebus, blend)
1 labu bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih potong dadu jugak
4 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 cawan timun di potong dadu
1/2 cawan karot di potong dadu
1/2 cawan tomato di potong dadu
air- secukupnya(kalau nak byk kuah, letak air lebih)



Cara- Caranya:
1. Tumis lada yg dah di blend.Kemudian masukkan bawang, bawang putih dan ketiga tiga sos.
2. Masukkan air. Saya masukkan byk sbb nak berkuah.
3. Masukkan timun, karot dan tomato.
4. Tunggu sehingga kuah jadi pekat.
5. Tuangkan kuah pada ikan yg telah siap di goreng.

p/s saya tak letak garam sbb dah letak sos tiram...hubby tak suka masin2 laaa

Tiada ulasan: