Rabu, 9 Februari 2011

Pizza Azian





ni pun buat masa abg ipar dtg umah...buat breakfast...bangun seawal mungkin untuk mengdohkan pizza tersebut...takpe2...tetamu punya pasal...heheheh...selalu sgt buat pizza ni sebenarnya lepas dah tau resipi yg sebenar dr cik mat gebu...

Bahan-Bahan Doh:

300g tepung gandum (nak guna tepung roti pun boleh)
170ml air
6g yis
10g gula
20g marjerin
1/4 sudu garam

Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan, ulikan jadik doh. Kemudian rehatkan 1jam, tutup dgn plastik wrapping tu hah.
2. Selepas 1 jam, canaikan pada loyang (pan pizza ade 1 je). Pastikan loyang atau pan pizza tu di lenserkan dgn marjerin.
3. Kemudian, letakkan topping.


Bahan-bahan topping:

4 keping daging burger
1 tin kecil puree tomato
1 labu bawang besar di dadu
1 tin cendawan butang dihiris
1 peket sosej dipotong serong
10batang jejari ketam
1 kiub ayam
1 sudu oregano
air secukupnya


mozarella secukupnya

Cara- Cara:
1. Masukkan puree tomato dalam kuali .
2. kemudian masukkan sekali daging burger yg telah dicincang. (sy masukkan dlm microwave sekejap, pastu br cincang)
3. Masukkan sekali bawang,kiub ayam dan oregano.
4. Jika pekat, masukkan sedikit air.
5. Bahan-bahan lain, ditabur selepas letak kuah puree tomato tadi.


6. Pastu taburkan mozarella ikut suka nak letak berapa byk...lagi byk...lagiiii mahal weyyy


p/s sebenarnya topping ni ikut suka, nak letak sardin pun boleh...yg doh ni akan dapat untuk 2 loyang mcm yg kat atas...sy buat dua adunan...yelah...nak makan ramai...dapat 4 keping pizza yg besar...



yg ni belum dibakar lagi, pastu muaz mintak crabstick tu jgn dipotong....macam2...

5 ulasan:

Mrs Hakim berkata...

memikat hati la pizza azian tu..thank you shared resepi..harus dibuat hjg minggu ni..

awein berkata...

yan akak penah buat pizza tapi jd terlalu kembung sgt2 huhuhuhu rasa dh ok...tapi tukang perabihnya akak la hahahha...

azian berkata...

mrs hakim...
salam kenal

azian berkata...

kak awein...
knp kembung sgt???byk yis ke?ke akak biarkan doh tu terlalu lama?

miera berkata...

madam, bpe lame nak kne bakor ni??