Selasa, 25 Januari 2011

Baked Spiral Vegeroni




ENTRY KHAS UNTUK KAK AWEIN

BAHAN-BAHAN
200g Spiral vegeroni (saya guna 1/2 plastik)
3keping daging burger
4 batang sosej ayam/daging
1 cawan leek/daun bawang
1 tin kecil puree tomato
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 kiub pati ayam
1 tin cendawan butang
air secukupnya
mozarella secukupnya

CARA-CARA
1. Rebus spiral vegeroni sehingga masak. Tos. dan ketepikan.
2. Tumiskan bawang besar yg telah didadu, dan juga bawang putih.
3. Masukkan puree tomato, kiub ayam.
4. Masukkan air (ni ikut suka nak letak berapa byk asalkan tak berair sangat)
5. Masukkan cendawan butang yg telah di potong (ikut suka nak potong mcmne pun)
6. Masukkan daging burger. kemudian akhir sekali leek /daun bawang.
7. Biarkan seketika sehingga semua bahan mesra gituuu...
8. Masukkan satu lapisan spiral vegeroni dalam bekas pembakar, kemudian letakkan kuah daging tadi satu lapisan, kemudian letakkan sosej yg telah dipotong menyerong satu lapisan dan mozarella secukupnya.
9. Kemudian buat lagi satu lapisan yg sama, ala2 buat lasagna gitu.
10. Kemudian, bakar la yer...180 darjah selama 15-20min...agak2 mozarella tu dah melting dan kuning sikit.

Tiada ulasan: