Khamis, 2 Mei 2013

Kek Coklat Caramel


semalam petang acik sempat buat kek ni dengan keadaan benti2 sebab Mujib nangis2 jek...
tak nak dgn abah dia...
nampak ummi dia bangun jek terus nangis
anak manja betul...hihihi

so, layan resipi ek...
senang aje


Bahan-bahan:

Bahan Karamel

2 sudu gula utk karamel
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
3biji telor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan kek

Bahan A
1 cawan marjerin
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh sodium bikarbonat

Bahan C
3biji telor

Cara-Cara Membuatnya:

1. Buat karamel dulu atas loyang yg kita nk kukus kek kita.
2. Jangan sampai hangus sebab kalau hangus nanti jadi pahit.
3. Kacau bahan karamel kemudian masukkan dalam loyang dan kukus selama 20min.
4. Untuk kek, masak bahan A dalam periuk sehingga gula larut dan serbuk koko tidak bergentel
5.Angkat dan masukkan bahan B, kacau bahan C dan kemudian masukkan dalam periuk bahan A dan bahan B tadi
6. Kacau sehingga sebati
7. Selepas 20min, masukkan bahan kek ke atas puding karamel dan kukus lagi selama 1 jam.

Selamat mencuba!!!


5 ulasan:

Rai Ourkizuna berkata...

eh..boleh jugak kan..biasa jumpa yg kek pelangi tu je.. husband saya tak berapa sgt kek warna warni.. takut rosak buah pinggang katanya.. hehe..

Lydia Miza berkata...

Uish yan ni saja la tu nk menggoda

Azian Elias berkata...

mengalir air liur ku.

anyss berkata...

Assalamualaikum,
Nak hulur piring je...sila isi penuh2 hu huhuhu

rinduan citarasa berkata...

yan..tq. k.Ayu nak buat gak