Bahan-Bahan
200g spiral vegeroni (direbus sehingga masak)
1 tin puree tomato
4 keping daging burger
4 batang sosej daging- potong2
10 crabstick - potong2
1 kiub pati ayam
air secukupnya
mozarella secukupnya
Bahan- Bahan Kuah
1 cawan susu penuh krim
4 sudu tepu gandum
1 sudu parsley (flake)
sedikit lada sulah
2 biji telur
Cara-Cara
1. Puree tomato di masak dgn daging burger (sy masukkan daging burger dlm microwave dulu, pastu potong kecik2 baru masukkan dalam puree tu)
2. Masukkan sekali kiub pati ayam, dan air secukupnya.Jangan byk2,...kut la nak mcm ne...tapi kl suka meladung kuahnya, letak la lebih.
3. letakkan spiral vegeroni dalam mangkuk tahan oven, susun sedikit kemudian topping dgn sosej dan crabstick, kemudian latak lagi spiral vegeroni pada layer yang seterusnya, buat same mcm lapisan mula2 (macam lasagna)
4. Untuk bahan kuah, satukan kesemua bahan, dan kacau sehingga sebati kemudian, curahkan ke dalam mangkuk tadi..
5. Taburkan mozarella secukupnya dan bakar sehingga mozarella kekuningan.
ok...ni bawak g opiss...
p/s kadang2kan tak sampai hati la bila org suruh kita masakkan apa2 pastu kita tak buat...kesian org tu kan...
2 ulasan:
Terjah sini..emm..sedapnya..this is one of my fav.
greenappleku..
senang je kan nak buat...
sedap2...kawan2 sy pun suka makan...hehehhe
Catat Ulasan