Ahad, 22 Mei 2011

Ayam Maharani



just nak share kat sini resipi yg aku cuba...dah lama buat ni sebenarnya tapi asyik tertangguh jek...disbbkan hr ni tak masak sbb en suami nak ajak makan kat luar katanya....(dia g opis walaupun hr ni hr ahad...ade org curik buah kelapa sawit, pekerja indon lari ntah berapa org...macam2....) lagipun aku tak berapa nak sihat...(padahal boleh jek masak, alasan betul kan...)



Bahan-Bahan:



1 ekor ayam dipotong kecil2 dan di goreng tidak terlalu garing dgn sedikit tepung (sy guna tepung bestari)



6 biji lada merah segar



6 ulas bawang merah



3ulas bawang putih



1 biji mangga masak dipotong dadu



1 biji tomato dipotong dadu



1/2 biji carrot dipotong dadu



1 sudu besar kismis hitam



1 sudu besar kismis gold(kaler cerah tu)



2 sudu besar kacang peas



2 sudu besar sos tiram



gula dan garam secukup rasa



air secukupnya





Cara-Cara:



1. Blend lada, bawang2 dan ditumis sehingga naik bau.



2. Masukkan carrot, tomato, mangga dan sos tiram.



3. Masukkan air secukupnya agar berkuah sedikit dan tidak kering.



4. Kemudian masukkan kacang peas dan kismis2.



5. Tambah gula dan garam sikit ikut selera masing2.



6. Last sekali masukkan ayam.



7. pastikan tidak kering, kl kering tambah air tapi jgn byk sgt.Biarkan sektika, kemudian barulah padamkan api..





p/s dapat idea nak masak ni sbb dulu ade kawan dtg bawak lauk mcm ni then aku tanya letak apa, dia cakap letak bahan2 kat atas tu...so, aku pun cuba laaa...rasanya mmg tak sama dgn yg aku makan mula2 tapi hubby suka sbb rasa mangga, kismis dan tak pedas...kl yg suka pedas disyorkan utk tambah lada kecik atau cili api...kl letak capsicum mesti lg cantik kan???



selamat mencuba!!!



tak dapat nak BW semalam sbb streamyx problem...pagi ni baru ok....yennadeyyy



11 ulasan:

bersama kak Es berkata...

memang leh jadi maharani la kalau godam ayam ni..
sedap sbb ada masam2 tu kan?

azian berkata...

kak es...
mula2 mkn rasa pelik tp lama2, mmg bes, tambah lak kismis....sedap2...

Lydia Miza(Aidyl Azim) berkata...

akak tak pernah mkn lg yan.huhu

azian berkata...

kak lydia...
cuba la kak...hehehhe

Mat Gebu berkata...

Ingatkan cawan antik aku je jenis maharani..hahahaha...

azian berkata...

cik mat...
hahhahahah....
ni ayam maharani bukan antik oooo...

munna berkata...

pergh... kena feeling macam maharani ratu..bila makan ayam ni

azian berkata...

kak munna...
yan pun tak tau apsal kawan yan cakap nama resipi ni ayam maharani...mungkin sbb mcm2 rasa ade kot...heheheh...nnt nak cari plak ayam maharaja...

pastu ayam maharaja lawak...hehehe

azieazah berkata...

Sekali pandang macam masak Ikan 3 Rasa, kan? Sebab ada mangga.

Boleh juga tu kalu nak tukar kepada nenas, kan?

cewahhh

azian berkata...

kak azie...
boleh saje....nak masak ni apa pun boleh asalkan halal laa...jgn apa pun tak bleh....udah leee....
heheheh

munna berkata...

yan ... kak munna dah buat ayam maharani ni utk buka puasa semalam...mmg best